Nasional

Kluster Benteng: 361 banduan positif Covid-19, bertambah 44 kes

SERAMAI 361 banduan dikesan positif dalam Kluster Benteng LD di Sabah. Turut dijangkiti dua kakitangan dan tiga kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan serta 15 kontak sosial.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdulah berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi sejumlah 4,089 telah disaring dalam tersebut dan sebanyak 44 kes baharu telah dikesan positif Covid-19.

Di Tawau seramai 2,847 disaring dan 293 kes dikesan positif Covid-19 dengan 43 kes baharu hari ini. Seramai
1,830 individu masih menunggu keputusan.

Sementara di Lahad Datu sejumlah 1,242 disaring dan 88 kes dikesan positif Covid-19 dengan 1 kes baharu hari ini. 714 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 381 kes positif Covid-19 dalam kluster ini 168 adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Manakala 213 kes adalah bukan warganegara yang melibatkan rakyat Filipina (149 kes) dan
Indonesia (64 kes).

Kluster ini telah dikenal pasti pada 1 September. Ia bermula dari dua orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos.

Mereka disaring dan didapati positif COVID-19 pada 31 Ogos 2020. Kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu dan aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan.

Sementara itu, terdapat lima kes baharu dalam Kluster Sungai di Kedah. Sehingga pukul 12 tengah hari tadi sejumlah 8,258 orang telah disaring dalam kluster ini yang turut merebak ke Perlis.

Di Kedah seramai 8,110 orang telah disaring dan 55 kes dikesan positif. Di Perlis seramai 17 orang telah disaring dan satu kes positif Covid-19 dikesan.-SM

 

 

 

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button