Bola SepakSukan

KLRA Juara pertama Liga Suparimau Zon Kuala Lumpur kategori bawah 14 tahun

LEBIH 2 bulan Liga Suparimau anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia dijalankan, Akademi Bolasepak KL Rovers (KLRA) bawah 14 tahun telah dinobatkan sebagai juara. KLRA telah berjaya memenangi 5 perlawanan dan seri 2 kali sepanjang perlawanan liga diadakan dengan mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga akhir musim sebelum bergelar juara.

Antara pasukan yang bertanding dalam Liga Suparimau Musim pertama 2022 ialah KL Youth Soccer, KDH Global, Lestari Beast, Kelab Bolsepak MBPJ, Ukay Positive FC dan Bukit Bandaraya FC.

KLRA sudah layak untuk dinobatkan sebagai juara walaupun seri 0-0 ketika menentang KDH Global dalam perlawanan terakhir liga.

Kejohanan yang dianjurkan buat kali pertama anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia ini bermula sejak 15 Januari 2022 di 6 kawasan Johor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Semua pihak dari pemain, ibubapa, jurulatih dan ibu pejabat Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur telah berusaha bersungguh-sungguh dari segi latihan, fasiliti dan program kata Mohamad Hafezal Abu Hassan, ketua jurulatih KLRA.

“Pihak kami amat berterima kasih kepada pihak Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, ibu bapa, pemain dan penaja seperti Bliese, Tisha Food dan Data Sukan. Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan satu kejohana liga yang besar dan sepanjang ini tanpa banyak masalah atau insiden yang tidak diingini.” tambahnya lagi.

Hafezal (tengah) bersama pihak pengurusan KLRA, Encik Kassim Hamid (kiri) dan Dzulkarnain Aziz (kanan)

Akademi KL Rovers merupakan program kerjasama pembangunan bolasepak akar umbi KLRA/PBKL sejak 2018. Mempunyai lebih dari 180 pemain celik yang kebanyakannya berasal dari bandar Kuala Lumpur. Penyerang berpotensi Akademi KL Rovers, Darwisy Iman Riquelme telah berjaya menjaringkan 5 gol untuk kejohanan kali ini.

Tahun ini juga amat bermakna apabila 2 pemain yang berlatih dan pernah bermain sebagai pemain KLRA telah di pilih ke Akademi Mokhtar Dahari, 7 pemain akan ke Sekolah Sukan Negeri dan 6 akan terus menjalani latihan bersama Pusat Latihan Daerah PPBN di bawah Majlis Sukan Negara dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pihak akademi berharap agar dapat terus memberi semangat, peluang dan contoh kepada pemain-pemain cilik yang meminati bolasepak di bandar Kuala Lumpur untuk terus belajar bemain bola dengan asas teknik dan cara yang betul. – SM

(Visited 853 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button