Nasional

KKMM sentiasa kerjasama dengan MOF

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Kementerian Kewangan (MOF) sentiasa bekerjasama dalam pelbagai perkara termasuk melibatkan pelaksnaan konsep rangkaian tunggal 5G atau Rangkaian Borong Tunggal (SWN) menerusi Digital Nasional Bhd (DNB).

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebarang keputusan utama akan dilakukan Kabinet, bermakna suatu keputusan itu adalah secara kolektif.

Beliau berkata, tidak ada satu kementerian yang melakukan segala-galanya. Jadi, kita sentiasa menerima hakikat dan mengiktiraf prinsip tanggungjawab kolektif,” katanya.

Beliau berkata demikian  selepas melancarkan majlis Unbox Malaysia, syarikat perkhidmatan telekomunuikasi, hari ini.

Katanya, apa-apa keputusan dibuat bersama-sama dan tidak ada masalah sama sekali.

“Kerjasama itu akan diteruskan, terus berunding dan melakukan perkara yang sewajarnya kerana keputusan tertentu sama ada dibuat oleh kementerian saya perbendaharaan kecuali keputusan yang besar dibuat oleh Kerajaan,” ujar beliau.

Tambah beliau, KKMM dan MOF bersetuju menyediakan kertas kerja bersama berhubung isu melibatkan 5G dan DNB supaya keputusan dapat dilakuan oleh Kabinet dan sementara menunggu, program yang melibatkan 5G berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah dari segi perlaksanaan. – SUMBER BERNAMA – SM

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button