KJ masuk Bersatu?
Bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin dilaporkan bakal menyertai Bersatu. Khairy atau KJ dikatakan sudah menerima pelawaan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu didedahkan oleh pemimpin UMNO Datuk Zaid Ibrahim dan beliau sendiri menyeru Umno supaya memujuk Khairy.
Kata Zaid adalah rugi jika KJ dibiarkan terlepas ketika Umno dalam keadaan tenat.
”Bersatu akan bertambah kuat dan apabila menjadi menteri besar, Umno akan rugi,” katanya.
Justeru Zaid berkata, jika Umno enggan menerima kembali KJ sekalipun, janganlah asyik mengutuk beliau.
KJ sebelum ini dalam program Keluar Sekejap melahirkan kekecewaan sikap pemimpin yang mengutuk beliau, sedangkan Bersatu tidak sedemikian.
KJ kata Zaid, mempunyai pengaruh dan mampu mengurus dengan kemas pergerakannya.
Inilah yang tiada pada Umno pada masa ini. – SM
BACA Siapa “poster boy” Bersatu PRN Selangor?
BACA Penyokong UMNO sertailah Bersatu jika pegang perjuangan asal