Politik

Kit Siang tidak bertanggungjawab, anarkis dan sabotaj ekonomi negara. – Dominic Lau

GERAKAN mengkritik tindakan Lim Kit Siang yang tidak bertanggungjawab membuat hantaran di media sosial yang bertanya ‘apakah rumah Perdana Menteri dan menteri akan dibakar oleh rakyat yang marah seperti mana di Sri Lanka’.

Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab, bersifat anarkis dan satu sabotaj kepada ekonomi negara.

“Walhal keadaaan ekonomi Malaysia tidak seperti Sri Lanka yang kini sedang menghadapi inflasi yang mendadak. Semua barangan keperluan meningkat serta tidak mengcukupi.

“Memang benar Malaysia juga berdepan inflasi tetapi tidak seperti yang digambarkan. Lagipun keadaan inflasi ini turut dihadapi hampir seluruh negara,” Katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan, Sri Lanka kini sedang menghadapi krisis ekonomi terburuk dalam sejarah ekoran gagal membayar hutang yang mencecah 215.7 bilion.w

Sebanyak 22 juta penduduk hidup dalam tekanan ramai yang terpaksa berlapar, bahan api tidak dapat memenuhi permintaan, bekalan elektrik kerap terputus dan ubat juga tidak mencukupi.

“Adakah itu semua mencerminkan kedaaan Malaysia hari ini? Sehingga kenyataan berbaur hasutan itu dikeluarkan.

“Majoriti rakyat negara ini masih mempunyai makanan di atas meja setiap hari, pusat membeli belah juga berjalan seperti biasa ramai orang. Malah kini rakyat Malaysia sedang sibuk meraikan rumah terbuka Aidilfitri,” ujarnya.

Justeru itu, sebagai pesara dan vateran politik Lim Kit Siang harus memadam ‘posting’ itu dan meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia.

“Kalau sudah bersara buat cara bersara. Jangan hasut rakyat lagi” tegasnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button