Hiburan

Kisah benar jadi ibu bapa segera angkara PKP disiarkan malam ini

TERPERANGKAP akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dan bagaimana Anis terpaksa meneruskan hidup menjaga anak majikan yang masih kecil merupakan intipati utama dalam telefilem Bebenang PKP Anis yang pastinya memberikan perspektif berbeza kepada sesiapa yang menontonnya.

Tanpa ada pengalaman menjaga kanak-kanak, Anis Kemboja bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kerenah mereka memandangkan tuan rumah ‘tersangkut’ di Indonesia akibat pintu sempadan yang ditutup serta merta ketika itu.

Bagi penerbit Indigital Sdn. Bhd., Nana Mohd Rom menganggap jalan kisah yang berlaku kepada Anis Kemboja ini sangat menarik perhatian ditambah dengan apa yang berlaku ketika itu merupakan fenomena asing buat semua.

“Sejak awal lagi kita memang tertarik dengan jalan cerita yang ditulis oleh Dr. Ummu Hanie yang diangkat daripada sebuah kisah benar. Bayangkan pada ketika dunia dilanda pandemik Covid19, keadaan yang berlaku di luar jangkaan.

“Tidak ada siapa yang pernah mengalami situasi seperti ini. Ada yang tersangkut di serata tempat dan tak kurang juga yang terpisah dengan keluarga dan sebagainya. Jalan cerita begini amat menarik perhatian dan kita visualkan menerusi telefilem ini,” kata Nana lagi.

Ditayangkan di TV Al-Hijrah pada 15 Mei (hari raya kedua) pukul 9 malam, Bebenang PKP Anis yang diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dibintangi oleh Muna Shahirah, Shafie Naswip, Fauzi Nawawi, Lisadawati dan ramai lagi.

Penggambaran yang dilakukan di sekitar Kuantan, Pahang ini dilakukan sekitar penghujung tahun lalu berkisahkan tentang Anis (Muna Shahirah) yang terpaksa menjaga dua orang anak Puan Zue kerana pembantu rumah melarikan diri.

Wanita tersebut pula terpaksa ke luar negara atas urusan kerja namun disebabkan PKP membuatkan dia terpaksa mengambil alih tugas sebagai ‘ibu bapa’ segera. Konflik bertambah apabila abangnya Amar (Shafie Naswip) bermasalah dengan ibu bapanya (Fauzi & Lisdawati).

Namun takdir PKP yang ketika itu membuatkan hubungan mereka semakin baik  dari sehari ke sehari.

“Kisah Anis ini sangat menarik untuk dikupas. Dia bukan sahaja terpaksa menjaga anak orang secara tiba-tiba tetapi juga terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga. Dalam masa yang sama Anis juga ada cita-cita untuk menyambung pengajian keluar negara.

“Untuk pengetahuan semua, kisah Anis ini pernah ditulis sebagai sebuah cerpen dan menadapat sambutan yang menggalakkan. Ini yang memberikan nilai tambah kepada telefilem ini,” tambah Nana lagi.

Berterima kasih kepada stesen TV Al-Hjirah yang tertarik dengan naskhah ini, Bebenang PKP Anis ini juga mendapat dana daripada Program OTT/TV (Perlaksana), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button