HiburanLuar Negara

Kim Kardashian dan Pete Davidson berpisah selepas 9 bulan jalin hubungan

Bekas bintang realiti televisyen, Kim Kardashian dan pelawak Saturday Night Live, Pete Davidson menamatkan percintaan mereka selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan.

Menurut E! News, pasangan itu berpisah pada minggu lalu dan pembantu peribadi Kardashian atau wakil dari Davidson tidak memberikan sebarang komen tentang pasangan tersebut.

Selebriti itu mula bercinta selepas Kardashian, 41, mengacarakan rancangan Saturday Night Live pada Oktober 2021.

Kardashian juga masih dalam prosiding undang-undang untuk memuktamadkan perceraiannya dengan penyanyi rap Kanye West.

Davidson, 28, merupakan pelakon dalam rancangan lakaran komedi Saturday Night Live selama 8 musim sebelum mengumumkan pemergiannya pada Mei.

Baru-baru ini, dia telah menjalani penggambaran filem berjudul “Wizards!” di Australia.

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button