MahkamahNasional

Khairy Jamaluddin saman Lokman Adam dan pendakwah

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Lokman Adam dan seorang pendakwah, Mohd. Rasyiq Mohd. Alwi atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq terhadap posting-posting yang dibuat oleh mereka di media sosial.

Khairy, 46, selaku plaintif memfailkan dua saman secara berasingan di Mahkamah Tinggi pada 3 Februari lalu dengan menamakan Lokman, 49, dan Mohd. Rasyiq, 41, sebagai defendan.

Berdasarkan satu kenyataan, Ahli Parlimen Rembau itu menyaman kedua-dua defendan dalam kapasiti beliau sebagai individu.

Khairy mendakwa bahawa Lokman telah memfitnah beliau dengan memuatnaik dua rakaman video beserta beberapa keping gambar di Facebook pada 6 Januari lalu.

Dan membuat kenyataan melalui dua individu yang dipost secara langsung (live) di Facebook menggunakan akaun Lokman Adam dengan menggunakan platform YouTube pada 10 Januari lalu.

Khairy turut mendakwa Mohd. Rasyiq dengan membuat empat kenyataan berbaur fitnah terhadap beliau dan memuat naik tiga rakaman video dan sekeping gambar di Instagram (IG) pada 20 Oktober, 6 Januari dan 10 Januari lalu.

Plaintif seterusnya mendakwa bahawa kenyataan libel itu membayangkan bahawa beliau telah berbohong dan menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin Covid-19 dan menerima dos penggalak serta maklumat palsu mengenai status vaksinasi.

Khairy mendakwa posting-posting berunsur fitnah itu telah merosakkan reputasi dan integriti beliau serta menyebabkan orang ramai tidak lagi mempercayai dan tidak lagi yakin terhadap beliau, sama ada secara personel mahupun secara professional di mata khalayak.

Menurut plaintif lagi, posting berunsur fitnah yang dibuat itu adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan mengganggu usaha Kementerian Kesihatan dan kerajaan dalam memerangi Covid-19.

“Ia turut menjejaskan respons orang ramai terhadap pandemik Covid-19 serta data dan fakta rasmi yang diberikan oleh kementerian kepada orang ramai,” jelas Khairy.

Khairy juga memohon injunksi daripada kedua-dua defendan supaya memadamkan video-video dan gambar-gambar berkapsyen, tajuk dan komen-komen dalam tempoh 24 jam dan satu lagi injunksi yang dimohon adalah menghalang kedua-dua mereka daripada menerbitkan atau pun menyiarkan semula bahan-bahan berkenaan.

Plaintif juga menuntut kepada kedua-dua mereka agar memadamkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah yang telah disiarkan di portal masing-masing dan di akaun media sosial masing-masing dalam tempoh 24 jam.

Khairy turut menuntut ganti rugi am untuk dinilai oleh mahkamah secara berasingan, ganti rugi teladan, teruk dan punitif serta permohonan maaf secara terbuka daripada kedua-dua defendan yang akan dimuat naik di media sosial serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.Permohonan injunksi secara inter parte oleh Khairy dijadual didengar oleh mahkamah pada 17 Februari ini. – THE STAR – BERNAMA – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button