
Anwar tiba di Davos hadiri Forum Ekonomi Dunia
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Davos, Switzerland bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF).
“Jadual padat saya, sejajar dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, akan membawa suara anggota blok ini di pentas dunia dalam pelbagai isu antaranya kecerdasan buatan, iklim, tenaga boleh baharu, transformasi digital dan pembangunan mampan.
“Turut dijangka menjadi tumpuan dan agenda penting sewaktu lawatan kerja ini adalah sesi taklimat dengan media antarabangsa, Dialog Strategi Negara dan ucaptama terkait masa depan ASEAN merangkumi aspek digital, ekonomi, peranan teknologi baharu dan juga inovasi.
“Moga Yang Maha Esa memberi keberkatan dan memudahkan segala perancangan yang diatur sepanjang lawatan ini, Insya-Allah,” kata Anwar. – SM