Sukan

Khairi sumbang emas dalam pertarungan silat penuh dramatik

HANOI: Pada perlawanan akhir yang penuh kontroversi, Khairi Adib Azhar dari Malaysia memenangi emas acara silat kelas B (50-55kg) lelaki Sukan Sea hari ini di Hanoi.

Khairi ketinggalan sembilan mata (50-59) ketika berbaki empat saat apabila lawannya dari Indonesia Khoirudin Mustakim menendang mukanya.

Ini menyebabkan hakim menghukum Khoirudin atas sepakan haram itu dengan menolak 10 mata daripada pemain Indonesia itu.

Hasilnya, Khairi memintas Khoirudin dengan satu mata dan diisytiharkan sebagai pemenang pingat emas.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button