Kemalangan

70 pengunjung terkandas ekoran insiden kepala air di Asahan

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 16 Mei – Cuti hari kelepasan am buat 70 pengunjung menjadi mimpi ngeri apabila mereka terkandas
dalam kejadian kepala air sewaktu berkelah dan berkhemah di air terjun Laman Tiga Budaya, Asahan, Jasin
dekat sini hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd. Rizuan Suliman, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)
Jasin berkata, kesemua mangsa telah berjaya dibawa keluar dengan selamat daripada kawasan air terjun
berkenaan.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin memantau pengunjung di kawasan perkelahan air terjun Laman Tiga Budaya, Asahan, Jasin, Melaka.

Menurutnya, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran kejadian yang berlaku pada pukul
1.00 petang itu akibat hujan lebat.

Bagaimanapun kata beliau, seramai 20 lagi pengunjung yang pada mulanya mengambil keputusan untuk
meneruskan aktiviti berkhemah di kawasan air terjun telah dibawa turun daripada air terjun berkenaan atas
nasihat polis dan bomba.

“BBP Jasin menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1 tengahari dan tiba di tempat kejadian 37 minit
selepas itu bersama beberapa anggota polis dan mendapati kira-kira 80 pengunjung yang berkhelah
terperangkap akibat kepala air.

“Kesemua pengunjung tidak dapat turun daripada kawasan air terjun berkenaan kerana laluan ke kawasan di
situ ditenggelami air,” ujarnya hari ini.

Mohd. Rizuan berkata, hanya sebuah kereta milik pengunjung tenggelam di laluan air naik ke kawasan air
terjun dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Jelasnya, laluan masuk ke kawasan tersebut semakin surut dan ramai pengunjung sudah mula meninggalkan
tempat tersebut.

(Visited 406 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button