Nasional

Kewarasan pemikiran, tahap kepulihan Yazid Sufaat perlu diperiksa

Dr. Mohd Mizan Aslam

(Panel Deradikalisasi Kebangsaan)

Apa kesan mungkin berlaku susulan pembebasan beliau?

Pembebasan Yazid Sufaat yang telah ditahan selama lebih 12 tahun di bawah ISA dan POTA perlu diberikan perhatian yang khusus. Saya secara personal mengenali beliau melalui siri rehabilitasi yang dilaksanakan di penjara dengan kerjasama KDN, Polis dan Jabatan Penjara.  Beliau adalah merupakan seorang tahanan terkait terrorisme yang tegar dan keras. Kewarasan pemikiran dan tahap kepulihan atau neutralis yang dimilikinya hingga ke saat ini perlulah diperiksa terlebih dahulu. Lembaga Pencegahan Terrorisme adalah merupakan sebuah jawatankuasa yang selayaknya membuat keputusan berkaitan pembebasan beliau. Komponen penilaian awal akan dilakukan oleh tiga pihak iaitu Kementerian Dalam Negeri yang akan memberikan penilaian sebanyak 20%, diikuti PDRM sebanyak 40% dan Jabatan Penjara sebanyak 40%. Pelbagai elemen berkaitan kefahaman yang betul dalam beragama dan psikologi diukur oleh pakar-pakar yang dilantik oleh KDN, manakala pihak PDRM pula boleh melakukan pendekatan ujian Digital Voice Stress Analysis (DVSA). Pihak Jabatan Penjara pula akan memfokuskan peningkatan kefahaman dan penghayatan serta attitude melalui modul-modul yang dibangunkan dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan. Diakhirnya barulah jawatankuasa Pencegahan Terrorisme akan membuat keputusan selayaknya berkaitan pembebasan Yazid Sufaat, bekas Kapten ATM dan merupakan pakar pembuatan bom Jemaah Islamiyyah.

-Apa langkah perlu dilakukan jika beliau dibebaskan

Jika Yazid dibebaskan, ‘support system’ adalah perlu dan mesti dibangunkan. Pelbagai pihak perlu menyokong beliau, dengan membantu dari sudut menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna terutamanya selepas keluar dari penjara dengan status ‘banduan’ dan ‘terroris’. Pastinya Yazid atau mana-mana bekas tahanan akan melalui kehidupan yang sukar teruatamanya untuk mendapatkan pekerjaan dan bekeluarga. Maka semua pihak harus membantu beliau teruatamanya keluarga, rata-rata bekas tahanan akan kembali kepada kehidupan lampau mereka atas sebab merasakan kehilangan sokongan terutamanya keluarga. 

-Difahamkan Yazie merupakan individu yang sukar dipulihkan, adakah beliau perlu dipantau sebaik sahaja dibebaskan?

Elemen pemantauan amatlah perlu, kita mahukan yang terbaik untuk setiap bekas tahanan termasuklah Yazid, akan tetapi faktor-faktor sekeliling memungkinkan mereka terjebak kembali, maka aspek pemantauan oleh PDRM terutamanya adalah perlu sehingga beliau benar-benar pulih dan menjadi sebahagaian daripada masyarakat. Kita ada beberapa kes bekas tahanan yang kembali menjadi terroris, contohnya Rafiudin yang pernah ditahan di bawah ISA atas penglibatannya dengan KMM dan Al-Qaeda, akhirnya kembali ke Syria menyertai ISIS.  

-Perlukah SOSMA dikekalkan?

Melalui pengalaman saya bersama tahanan terroris ini samaada di Malaysia mahupun di Indonesia, kebanyakkan mereka ini mempunyai pandangan yang keras dan berbeza dengan majoriti penganut agama Islam. Pandangan yang keras yang disebut ‘Salafi Takfiri’ dan ‘Jihad Al-Kital’ ini memerlukan kepada satu kaedah pencegahan bukannya pengubatan. Bagi saya mereka-mereka yang mempunyai ideologi radikal seperti ini amat perlu dicegah dan disantuni sebaiknya. Jika gagal dicegah maka kerosakkan yang berlaku amat sukar untuk diperbaiki. Saya amat menyokong pengenalan SOSMA yang sebenarnya jauh lebih baik berbanding ISA. Siapa yang kata SOSMA adalah tahanan tanpa bicara? Ada silap seenarnya SOSMA adalah tahanan yang mesti dibicarakan, selepas 48 jam, orang yang ditahan boleh mendapatkan peguam, dan dalam masa 28 hari beliau akan dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan. Tempoh 28 hari adalah tempoh yang amat perlu untuk sisatan dan pengumpulanmaklumat yang lengkap sebelum perbicaraan boleh dilakukan. Jika ada pihak yang merasakan SOSMA adalah kejam dan tidak berperi kemanusiaan, maka tanggungjawab semua terutamanya Ahli Parlimen dari kerajaan hari ini untuk membuat pindaan agar ianya mendjadi lebih baik, tetapi bukannya menghapuskan undang-undang pencegahan. Singapura masih mengekalkan ISA, Amerika memperkenalkan Patriot Act, Indonesia memperkenalkan Undang-Undang Anti-Terror, semua ini bersifat preventif dan tahanan tanpa bicara yang tergantung tempohnya.  

Adakah boleh berlaku semula siri-siri serangan berkaitan jika masalah dalam negara tidak ditangani termasuklah isu LTTE

Ini tidak mustahil berlaku, saya melihat kita berada pada fasa politik dan sosial yang ekstrem dan radikal. Ini biasanya diterjemahkan oleh para pengikut hasil penelitia daripada perkataan dan perbuatan oleh pimpinan mereka. Jika pandangan ndiividu seperti Yazib berkaitan isu-isu yang berlaku dalam negara ini adalah tidak menyebelahi apa yang mereka perjuangkan, maka natijahnya mungkin melalui aksi terror sebagaiamana yang pernah berlaku di negara kita pada sekutar tahun 1999 hingga 2002 (yang mana saya tidak mahu berkongsi detilnya disini). Jika kerajaan dilihat gagal menangani pelbagai isu agama da etnik termasuklah isu LTTE dan Kmunisme, maka pihak-pihak yang radikal ini akan mengambil peluang untuk melaksanakan jihad atau apa sahaja serangan yang dirasakan perlu dalam merealisasikan agenda poltik mereka. 

-Kesimpulan.

Yazid dan mana-mana sahaja tahanan seharusnya dilayan sebagai manusia sempurna dan mempunyai hak-hak kemanusiaan yang selayaknya. Beliau perlu diberikan ruang untuk membuktikan bahawa beliau telah pulih dan mampu menjalani kehidupan yang baik dan normal, akan tetapi pemantauan perlu dilakukan. Isu-isu dalam negara perlu ditangani oleh kerajaan dengan bijak dan sistem sokongan perlulah diperkukuhkan. Elemen2 terroris perlu dicegah dan dihapuskan tanpa kompromi.   

azid Sufaat, anggota militan warga Malaysia yang mempunyai kaitan langsung dengan serangan Sept 11 2001 di Amerika Syarikat mungkin dibebaskan daripada tahanan bulan depan, menurut laporan Singapore Straits Times.

Kata laporan itu, kemungkinan pembebasan beliau menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pegawai antiterorisme di negara ini.

Yazid 55, ahli biokimia yang mendapat latihan di AS, yang disifatkan sebagai “teroris tegar” oleh akhbar tersebut kini ditahan di penjara Simpang Renggam, Johor selama dua tahun di bawah Akta Pencegahan Keganasan (Pota).

Akta berkenaan membenarkan suspek ditahan tanpa dibicarakan selama dua tahun.

Yazid Sufaat
Sumber Facebook

Straits Times yang memetik Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keputusan akhir mengenai pembebasan Yazid belum dibuat oleh Lembaga Pencegahan Terorisme, namun tempoh tahanan beliau akan tamat bulan depan.

“Sama ada tempoh tahanan akan dilanjutkan atau tidak, keputusan mengenainya dijangka akan dibuat sebelum tempoh tahanan beliau tamat,” kata Ayob menurut laporan itu.

Ketika ditanya sama ada penahanan Yazid patut diteruskan, Ayob berkata, “walau apapun keputusannya, kita serahkan kepada Lembaga Pencegahan Terorisme”.

Kata laporan tersebut, Yazid ditahan tiga kali dalam tempoh 17 tahun lepas kerana kegiatan berkait keganasan.

Beliau pernah cuba menghasilkan senjata pemusnah besar-besaran untuk al-Qaeda.

Ia berkata, Yazid memperoleh empat tan ammonium nitrat untuk beberapa serangan bom di Singapura pada 2000 sebelum rancangan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah itu digagalkan.

Yazid juga dilaporkan cuba menghasilkan dan memasukkan anthrax ke dalam senjata di Afghanistan pada 1990-an.

Rumah beliau di Kuala Lumpur pernah digunakan oleh anggota kanan al-Qaeda sebagai tempat pertemuan dan dalam satu mesyuarat, rancangan untuk membuat serangan menggunakan kapal terbang di AS pada 11 Sept 2011 turut dibincangkan.

Straits Times menyebut Yazid merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan langsung dengan serangan itu.

Yazid, bekas kapten tentera, pertama kali ditahan pada 2002 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau dibebaskan pada 2008 selepas menjalani proses pemulihan dan menunjukkan tanda “penyesalan” dan “bertaubat”.

Beliau ditahan kali kedua pada 2013 di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma), undang-undang yang menggantikan ISA, kerana merekrut anggota baru untuk IS di Iraq dan Syria.

Berikutan itu beliau ditahan selama empat tahun di penjara Tapah.

Pada Dis 2017, Yazid ditahan semula di bawah Pota selepas pihak berkuasa mendapati beliau merekrut rakan tahanan untuk al-Qaeda ketika di penjara, kata Straits Times.

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button