Nasional

Penyokong PH lupa gambar Nurul Izzah bersama Puteri Sulu – Najib

KUALA LUMPUR – Di sebalik kegembiraan penyokong Pakatan Harapan (PH) meraikan kemenangan Nurul Izzah Anwar dalam kes saman terhadap Datuk Seri Ismail Yaakob mereka lupa akan gambar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersama puteri pengganas Sulu, Jacel Kiram.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Seri Najib Tun Razak berkata, beliau perhatikan bahawa penyokong PH amat gembira dengan berita Nurul Izzah menang kes saman fitnah sebanyak RM850,000 terhadap Ahli Parlimen BN dengan bekas Ketua Polis Negara.

Katanya, isu itu berlaku apabila gambar-gambar Nurul Izzah bersama Puteri Sulu Jacel Kiram yang diambil pada tahun 2015 dimuat naik oleh puteri Sulu itu sendiri.

“Jacel Kiram merupakan anak kepada dalang utama pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013 di mana ramai nyawa telah terkorban.

“Dan seperti ayah dia yang menggelarkan dirinya sebagai Sultan Sulu, Puteri Jacel Kiram juga tegas untuk “mengambil balik” Sabah.

“Nurul Izzah tidak menafi bertemu Puteri Jacel Kiram pada tahun 2015 tetapi dia kata tidak ada bukti bahawa dia bersubahat dengan Puteri Sulu itu untuk menuntut Sabah.

“Bagaimanapun, penyokong-penyokong PH yang gembira dengan kemenangan Nurul Izzah dalam Mahkamah minggu lepas dan menggunakan berita ini sebagai “bukti” BN adalah pemfitnah telah lupa bahawa ibu Nurul Izzah kalah saman fitnah RM2 juta dengan FELDA,” kata Najib dalam hantaran di Facebooknya.

Malah Najib turut membangkit keputusan mahkamah yang mendapati TImbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail telah memfitnah FELDA apabila mereka tuduh FELDA sudah bankrap dan mengarahkan beliau membayar RM2 juta kepada FELDA.

“Namun, FELDA di bawah kerajaan PH menjadi sangat baik hati dan memberi diskaun 96.5% kepada Kak Wan.

“Cuma perlu bayar RM70,000 sahaja – bukan RM2 juta.

“Dan Kak Wan pun bayar – sekaligus mengaku bahawa mereka telah fitnah FELDA.

“Saya hairan kenapa FELDA yang dikatakan sudah bankrap tidak mahu RM2 juta tetapi hanya mahu RM70,000 sahaja. Kenapa ye?

“Dengan semangat yang sama, Nurul Izzah patut beri diskaun 96.5% juga kepada Ahli Parlimen BN dan bekas Ketua Polis Negara.

“Ambillah RM29,750 sahaja. Kenapa mahu RM850,000?” Tanya Najib. – SM

(Visited 490 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button