Ekonomi

Keuntungan bersih Kenanga Investment Bank ST1 2021 meningkat 4 kali kepada RM64.7 juta

BANK pelaburan bebas terkemuka Malaysia, Kenanga Investment Bank Berhad (Kenanga) hari ini mengumumkan peningkatan sebanyak 49.4% dalam keuntungan selepas cukai dan kepentingan tanpa kawalan (“PATNCI” atau “keuntungan bersih”) bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun 2021 (“S2 2021”) kepada RM30.6 juta, berbanding dengan RM20.5 juta dalam tempoh yang sama pada tahun lepas (“S2 2020”).

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021 (“ST1 2021”), keuntungan bersih meningkat sebanyak empat kali kepada RM64.7 juta, daripada RM13.5 juta pada ST1 2020.

Hasil disatukan bagi S2 2021 berjumlah RM212.6 juta, lebih tinggi daripada RM210.6 juta pada S2 2020. Pulangan Tahunan ke atas Ekuiti (ROE) adalah sebanyak 12.8%, berbanding dengan sepanjang tahun 2020 sebanyak 10.7%.

Perolehan yang lebih kukuh sebahagian besarnya disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada perniagaan pembrokeran saham, pelaburan dan pengurusan kekayaan selain bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada usaha sama dengan Rakuten Trade.

Lebih separuh daripada keuntungan Kumpulan sebelum cukai (“PBT”) disumbangkan oleh segmen pembrokeran saham, yang terus menjadi penyumbang perolehan utama Kumpulan.  PBT daripada segmen ini meningkat sebanyak 45.3% kepada RM20.0 juta pada S2 2021, berbanding dengan RM13.7 juta dalam tempoh yang sama pada tahun lepas. Peningkatan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pendapatan faedah bersih lebih tinggi dan juga pendapatan dagangan dan pelaburan.


Demikian juga, sumbangan PBT daripada bahagian pelaburan & pengurusan kekayaan meningkat lebih dua kali kepada RM6.2 juta disebabkan oleh penjanaan pendapatan yuran pengurusan lebih tinggi yang disokong oleh peningkatan aset di bawah kekuatan agensi pengurusan dan jualan.

Rakuten Trade, usaha sama (“JV”) Kumpulan dan  broker ekuiti Malaysia dalam talian sepenuhnya yang pertama, terus mencatatkan pembukaan akaun bulanan purata yang kukuh sebanyak 6,800 akaun bagi S2 2021. Pada akhir Jun 2021, Rakuten mempunyai jumlah keseluruhan 217,400 akaun, iaitu 51,600 melebihi jumlah yang diperolehnya pada tahun lepas. Hal yang demikian, ditambah pula dengan peningkatan perniagaan juga telah Penyumbang kepada peningkatan pendapatan bersih Kumpulan.

Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad, Datuk Chay Wai Leong berkata, “Kami berasa gembira bahawa Kumpulan terus melaporkan pelbagai keputusan yang membanggakan pada suku kedua. Ekonomi skala, terutamanya dalam bahagian pembrokeran saham dan Rakuten Trade, telah membantu mempertingkatkan keuntungan Kumpulan. Dengan infrastruktur digital berada pada kedudukan yang kukuh, kos memperoleh dan mengekalkan pelanggan baharu telah berkurang seiring dengan perkembangan kami.”

“Meskipun nilai dagangan harian purata di Bursa Malaysia telah berkurang berikutan kebimbangan sekatan pergerakan yang timbul akibat daripada penularan semula jangkitan Covid-19 di Malaysia, kami terus berharap bahawa ekonomi akan kembali pulih dengan segera berikutan pelaksanaan program vaksinasi kebangsaan terus mencatatkan peningkatan.”

“Melihat ke hadapan, kami akan kekal memberikan tumpuan pada usaha memperkukuh asas perniagaan kami dan mengembangkan penawaran semasa kami bagi memastikan kami kekal berdaya tahan dan tangkas dalam memberikan respons kepada keperluan yang berubah-ubah dalam perniagaan teras yang kami laksanakan.”

(Visited 52 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button