Nasionalpilihan

KETENGAH hasilkan 3,975 tan untuk pengeluaran makanan

LEMBAGA Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berupaya menghasilkan hampir empat ribu tan pengeluaran makanan setahun bagi menyokong strategi jaminan keselamatan makanan untuk negara.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata menerusi pelbagai inisiatif, bantuan dan bimbingan di bawah KETENGAH, usahawan tani yang terlibat mampu untuk terus meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan penternakan sumber makanan.

“Strategi jaminan keselamatan makanan di bawah KETENGAH yang diperkenalkan sejak tahun 2021 ini meliputi pelbagai strategi termasuk perancangan komprehensif pada masa hadapan sekali gus mampu menampung jumlah pengeluaran makanan untuk Negeri Terengganu dan dipasarkan ke luar negeri ini.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad bergambar bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KETENGAH 2021. Foto: UKK KPLB

Menurut Abdul Rahman lagi, KETENGAH memfokuskan kepada tanaman, ternakan dan akuakultur memandangkan agensi ini diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 44,3876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

“Berdasarkan statistik, seramai 508 usahawan tani di bawah KETENGAH dengan pecahan 269 usahawan mengusahakan tanaman (fertigasi, sayuran, buah-buahan), 169 usahawan mengusahakan ternakan (unggas dan ruminan) dan 70 usahawan akuakultur (talapia).

“Sebagai contoh, ladang ayam pedaging yang diusahakan di bawah syarikat peneraju mampu untuk menghasilkan 790 ribu ekor ayam setahun dan menyumbang kepada 4.64% daripada pengeluaran Negeri Terengganu iaitu sebanyak 17 juta tan per tahun.

(Dari kiri) Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, Pengerusi KETENGAH, Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad Said dan Pengurus Besar, YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa. Foto: UKK KPLB

Tambahnya KETENGAH juga sedang dalam proses untuk menyalurkan bantuan bagi penambahan reban ayam di Kampung Chemuak, Kampung Durian Mentangau dan Seri Bandi yang mampu menambah pengeluaran ayam sebanyak 246 ribu ekor setahun menjadikan keseluruhan sebanyak 1.03 juta ekor ayam setahun.

Selain itu, katanya ternakan ruminan seperti lembu pula mampu menghasilkan 850 ekor menyamai 33.4 tan setiap tahun manakala kambing dan kerbau masing-masing menyumbang pengeluaran sebanyak 200 ekor (0.45 tan/tahun) dan 1200 ekor (5.25 tan/tahun).

Abdul Rahman berkata demikian pada sidang media Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) 2021 KETENGAH di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi KETENGAH, Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad Said dan Pengurus Besar, YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.

Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada salah seorang petugas KETENGAH. Foto: UKK KPLB

Mengulas mengenai perancangan jangka panjang KETENGAH dalam memantapkan lagi strategi pengeluaran makanan, Abdul Rahman berkata usaha-usaha telah dijalankan untuk meningkatkan pengeluaran makanan ternakan seperti penanaman rumput napier di kawasan seluas 11.235 hektar dengan kos berjumlah RM 500 ribu.

Dalam pada itu, KETENGAH turut membangunkan padang ragut untuk ternakan kerbau di tapak seluas 154.58 hektar yang mampu menampung 613 ekor kerbau dengan kos berjumlah RM 400 ribu.

Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada salah seorang petugas KETENGAH. Foto: UKK KPLB

“Semua projek di atas sedang dalam proses pelaksanaan oleh KETENGAH dan dijangka siap menjelang hujung tahun ini. ”

KETENGAH tambah beliau, akan memohon peruntukan dalam Rolling Plan RMK-12 untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran makanan bagi menampung keperluan yang semakin meningkat dalam negara. – SM

Artikel berkaitan > KPLB peruntuk RM80 juta untuk Dasar Keselamatan Makanan Negara

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button