Nasional

Kes Zahid: RM2 juta dari Profound Radiance untuk kebajikan, dana politik

KUALA LUMPUR – Transaksi tiga ceraian cek atau dirujuk sebagai “cheque butt”  berjumlah RM2 juta daripada Profound Radiance Sdn. Bhd., kepada pemegang amanah Yayasan Akalbudi, Lewis & Co bukan sebagai rasuah seperti mana yang didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Cheque butt” masing-masing berjumlah RM300,000, RM700,000 dan RM1 juta yang dikeluarkan oleh Profound Radiance Sdn. Bhd., bertujuan kebajikan dan dana politik Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang pada ketika itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ini jelas ditulis di bahagian tujuan “cheque butt” perkataan CHARITY (kebajikan) dan  POLITICAL FUND (dana politik).

Dua “cheque butt”, masing-masing bernombor 105749 berjumlah RM300,000 dan bernombor 105792, pengeluaran cek atas nama Profound Radiance Sdn. Bhd., ditulis CHARITY.

“Cheque butt” bernombor 105773 berjumlah RM1 juta di bahagian tujuan, tertulis perkataan POLITICAL FUND TO TPM (dana politik Timbalan Perdana Menteri).

Kesemua transaksi pengeluaran cek oleh Profound Radiance Sdn. Bhd., dimasukkan ke akaun pemegang amanah Yayasan Akalbudi, Lewis & Co yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berhadapan dengan 47 pertuduhan termasuk pecah amanah dan rasuah.

Seorang saksi, Penolong Pengurus Cawangan Maybank yang bertugas di Dataran Maybank, Harryade Mohamad Arbe yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini,  membacakan gambar-gambar “cheque butt” yang ditanda sebagai D20, D21, D22.

  1. Cheque Butt D20 – Cheque No. 105749 – di bahagian tujuan tertulis – CHARITY (RM300,000)
  2. Cheque Butt D21 – Cheque No. 105773 – di bahagian tujuan tertulis – POLITICAL FUND TO TPM (RM1 juta)
  3. Cheque Butt D22 – Cheque No. 105792 – Jumlah RM700,000 – di bahagian tujuan tertulis – CHARITY

Ketika disoal balas oleh peguam Hisyam Teh Pok Teik, saksi tersebut tidak boleh nafi ketiga-tiga “cheque butt”, dua daripadanya untuk tujuan CHARITY dan satu, dana politik. – SM

S: SAYA RUJUK PADA PARA 9 DAN 22, DUA CEK BERJUMLAH RM300,000 DAN RM700,000 SAYA KATAKAN DUA-DUA INI ADLAAH UNTUK CHARITY. AWAK TAK NAFIKAN CEK-CEK INI SEBAB AWAK TIDAK TAHU?

J: YA SAYA TIDAK TAHU. S: BETUL ATAU TIDAK?

J: SAYA TIDAK TAHU INI UNTUK CHARITY ATAU TIDAK

S: YA, SAYA KEMUKAKAN 3 CHEQUE BUTT BERKENAAN. RUJUK PADA MUKASURAT 1, CEK BERNOMBOR 105749. ADAKAH INI CHEQUE BUTT YANG DINYATAKAN DALAM PARA 9?

J: YA

S: SETERUSNYA INI ADALAH CHEQUE BUTT YANG DINYATAKAN DALAM PARA 9. TOLONG BACAKAN PADA TUJUAN.

J: MENGIKUT DALAM SALINAN INI, ADA TULIS CHARITY S: PAYABLE PADA SIAPA?

J: LEWIS & CO

S: INI BERMAKNA CEK YANG AWAK MAKSUDKAN PADA PARA 9, BETUL?

J: YA

S: CHEQUE BUTT 105792 ADALAH CHEQUE BUTT YANG DINYATAKAN PADA PARA 22. SETUJU TAK?

J: SETUJU

S: BACA TUJUAN

J: TUJUAN CHARITY S: PAYABLE?

J: LEWIS & CO

S: BERMAKNA KEDUA-DUA PAYMENT ADALAH UNTUK CHARITY MENGIKUT DOKUMEN INI?

J: YA

S: SETUJU INI DIBAYAR SEBAGAI ISLAMIC CHARITY YANG DIBAYAR SEBAGAI TRUSTEE KEPADA YAYASAN AKALBUDI

J: TIDAK TAHU

S: CHEQUE BUTT ADALAH CHEQUE BUTT YANG DINYATAKAN DALAM STATEMENT DI PARA 18, SETUJU?

J: SETUJU

S: TOLONG BACAKAN APAKAH YANG DINYATAKAN PADA TUJUAN? J: POLITICAL FUND TO TPM

S: PAYABLE?

J: LEWIS & CO

J: WALAUPUN POLITICAL FUND TETAPI BAYAR PADA LEWIS & CO?

J: YA

S: SAYA KATAKAN THIS ARE OPEN TRANSACTIONS, BAYAR PADA PEGUAM, REKOD DALAM BUKU PEGUAM DAN AUDIT

J: SETUJU

S: SAYA KATAKAN KETIGA-TIGA TRANSAKSI INI ADLAH CHARITY UNTUK THE FIRST TWO CHEQUES AND ANOTHER, POLITICAL DONATION WITH NO STRING ATTACHED?

J: TAK TAHU

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button