Politik

Dakwaan serangan seksual: Polis sudah rakam keterangan Anwar

KUALA LUMPUR –  Polis sudah merakam keterangan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan dakwaan serangan seksual terhadap Muhammed Yusoff Rawther.

Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, keterangan Anwar dirakammpada pukul 3.45 petang tadi di Bukit Aman.

Muhammad Yusoff, 26, ialah bekas pembantu penyelidik di pejabat Anwar sehingga awal tahun ini, apabila beliau mendakwa diserang setiausaha politik Ahli Parlimen Port Dickson itu, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Muhammad Yusoff dalam sidang media yang disiarkan di Facebook Live pada 4 Disember lalu mendakwa Anwar telah melakukan jenayah terhadapnya yang disifatkan “tidak Islamik, perbuatan keji, teruk, tersembunyi dan berbahaya, serta tidak bermoral”.

Bekas pembantu penyelidik Anwar itu telah dua kali hadir di Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubungan dakwaan beliau.

Anwar yang juga suami Timbalan Perdana Menteri sebelum ini telahpun menafikan dakwaan Muhammad Yusoff dan menyifatkan tuduhan itu adalah cubaan untuk mencemarkan reputasinya. -SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button