Mahkamah

Kes rogol Exco: Polis jumpa disyaki air mani, seluar dalam

Mahkamah Tinggi Ipoh yang mendengar perbicaraan kes rogol membabitkan bekas Exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong hari ini diberitahu pelbagai bahan bukti ditemui pegawai polis Unit Forensik D10 yang memeriksa lokasi kejadian.

Pegawai polis Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Inspektor Simon Vadivelo berkata,  penemuan-penemuan tersebut ialah disyaki air mani pada  sehelai cadar warna putih, atas lantai dan di tepi katil.

“Turut ditemui empat helai rambut di atas tilam dan sebatang mop yang dijumpai di belakang rumah,” kata beliau  ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Menurut Simon, turut ditemukan ialah seluar dalam lelaki berwarna kelabu, sehelai baju T berwarna coklat, sehelai seluar pendek berwarna hitam berjalur merah.

“Turut dijumpai di lokasi kejadian, baju T berleher bulat berwarna putih, sehelai seluar pendek berwarna biru, sehelai seluar dalam wanita berwarna merah jambu dan pakaian dalam wanita berwarna biru.

“Kesemua pakaian itu dibungkus di pejabat pegawai penyiasat,” katanya.

Perbicaraan bersambung esok. Paul Yong, 51, didakwa merogol pembantu rumahnya wanita Indonesia di kediamannya di Meru Desa Park, pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019.

Ketika kejadian tertuduh  memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. – UTUSAN

(Visited 508 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button