Nasional

Syed Azmi jawab tuduhan berdiam diri remaja OKU didera

KEJADIAN sorang ramaja kelainan upaya (OKU) dipercayai didera menyebabkan aktivis Syed Azmi Alhabshi terpingga-pingga pada awalnya kerana ia beraku dalam rumah rakannya sendiri.

Dalam satu kenyataan, Syed Azmi yang menjawab desakan netizen terhadap kes tersebut berkata, apa yang menimpa Bella memang menyedihkan.

“Saya diberitahu melalui seorang doktor mengenai keadannya sahaja tanpa gambar pun saya dah faham. Berlaku dalam rumah kawan saya sendiri, membuatkan lagi saya rasa terpinga-pinga apa yang berlaku sebenarnya.

“Soalan soalan macam siapa, bila, kenapa, kat mana, semua tu dalam kepala dari awal lagi tapi saya senyap sahaja sebab semua tengah Covid.

“Kenapa lepas berlaku, tak ada ada cerita pada sesiapa, tak mintak tolong sesiapa, dan semua tu lah. Ini bermain main di kepala sebab kerja kami kebajikan dan kanak-kanak. Tak pernah perasan apa apa yang lainnya selama ini. Tak ada apa apa syak wasangka pun. Tak ada langsung.

“Akhirnya saya sendiri salahkan diri sendiri sebab adakah saya tak cukup bertanya khabar atau tak ada masa untuk kawan-kawan saya dan sebagainya. Itu yang saya mula mula rasa,” katanya.

Menurut Syed Azmi beliau mendiamkan diri kerana rasa bertanggungjawab untuk membantu siasatan polis supaya berjalan lancar.

Syed Azmi menjelaskan, beliau turut bertanggungjawab untuk memastikan memastikan keadaan tenang agar keadilan dapat ditegakkan terhadap Bella.

“Saya faham ini bukanlah sesuatu yang nak didengari para netizen, tapi ini juga merupakan salah satu proses yang penting untuk mendapatkan keadilan bagi Bella.

“Kalau push kuat lagi saya risau emosi suspek terganggu dan kalau dia breakdown, macam mana nak bagi keterangan. Kalau dia tetiba murung dan kelar tangan bunuh diri macam mana kita nak dapat tahu apa maklumat sebenar?

“Kalau dia tiba tiba jadi gila macam mana dia nak berdiri dalam mahkamah? Selepas soal siasat pun saya kena dapatkan kerjasama dia untuk penghuni dan kanak-kanak lain.

“Kawan atau tidak, jelas kita ada proses undang-undang. Dia dan/atau semua suspek penting untuk dalam keadaan tenang dan waras dalam bantu siasatan polis,” kata Syed Azmi.

Syed Azmi berkata, beliau menceritakan keadaan sebenar hari ini selepas beberapa hari kejadian tersebut didedahkan setelah berbincang dengan pelbagai pihak untuk memastikan keselamatan anak-anak terbabit dan juga terhadap saspek.

Beliau turut memohon kepada suspek untuk menyerahkah anak jagaannya kepada orang lain sementara siasatan dijalankan.

Syed Azmi juga meminta suspek faham dan akur terhadap permintaan untuk menyerahkan anak-anak jagaannya kepada pihak lain.

“Saya baca pandangan netizen yang rasa apa yang saya buat ni tak cukup dan juga tak kompeten untuk jadi penasihat tempat sebegini.

“Saya sedia maklum permasalahan sosial remaja dan memegang amanah ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sini agak mencabar. Ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya kami bantu.

“Saya meletakkan kepercayaan pada management sebab setelah up and running, semuanya macam rutin biasa maka saya sentiasa bersedia berkhidmat apabila diperlukan dan membuat lawatan. Selain itu segala permasalahan dan isu akan diberitahu melalui panggilan telefon.

“Saya dah cuba tapi tak berkemampuan sebagaimana harapan semua. Saya bersuara hari ini sebab semua yang saya boleh buat saya dah buat. Terpulanglah pada kalian nak terima atau tidak. Maafkan saya,” katanya.-SM

 

(Visited 1,857 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button