JenayahNasional

Kes culik wartawan Bangladesh: Anggota polis ditahan kerja

SEORANG daripada tiga anggota polis yang disyaki menculik seorang wartawan warga Bangladesh baru-baru ini disahkan ditahan kerja.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tindakan tahan kerja terhadap dua lagi anggota terlibat akan dipertimbangkan jika terdapat keperluan selain bergantung kepada hasil siasatan.

“Ada yang kita sudah ambil tindakan tahan kerja dan kita tunggu tindakan susulan kerana kes itu bawah siasatan polis Selangor dan bagi polis Kuala Lumpur kita sudah ambil tindakan tahan kerja.

“Siasatan sudah selesai tetapi kita menunggu keputusan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan IPK Kuala Lumpur.

Pada 7 November lalu, seorang pengamal media warga Bangladesh mendakwa diculik dan diseksa selama tiga hari oleh beberapa lelaki tempatan yang mengaku anggota polis di sebuah rumah sekitar Klang, Selangor.

Lelaki berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, sepanjang tempoh itu, dia dipukul, dirotan, diterajang di perut dan dikelar pada bahagian tangan oleh kumpulan lelaki berkenaan yang meminta wang berjumlah RM1.9 juta daripadanya jika mahu dilepaskan. – SUMBER FMT – SM

BACA Sembilan polis ditahan peras ugut ahli perniagaan

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button