Nasional

Kes COVID-19 kedai gunting rambut di Setapak: Tutup premis jika sah positif

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini, beliau masih belum menerima apa-apa laporan berhubung kes kedai gunting rambut di Setapak, Kuala Lumpur yang positif COVID-19.

Berita itu tular di media sosial dan dalam sidang akhbar hariannya, hari ini, Ismail Sabri ditanya tentang isu tersebut.

ISMAIL SABRI

“Saya belum dapat laporan terkini dariapda Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi, saya tidak boleh beri komen sama ada ya atau tidak.

“Kalaulah betul, premis kedai gunting tersebut pasti akan ditutup,” katanya ketika menjawab soalan pemberita.

Ismail Sabri sekali lagi menegaskan, kerajaan sudah memaklumkan, di mana-mana premis atau lokasi sama ada di tapak-tapak binaaan atau kilang, jika pekerjanya positif covid, premis akan ditutup.

“Itu yang pertama yang saya sebut di atas. Kedua, saringan pelanggan akan dibuat di kedai-kedai gunting.

“Itulah sebabnya pelanggan mesti mengisi butiran diri yang lengkap. Kalau timbul kes seperti ini, kita boleh kesan kontek rapat tukang gunting dan pelanggan.

https://suaramerdeka.com.my/kes-covid-19-di-kedai-gunting-rambut-selepas-dua-hari-dibuka/

“Kita juga perlu tahu jika tukang gunting itu tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan lain. Jadi, kita boleh tahu apa status kesihatan mereka,” kata Ismail Sabri yang meminta pelanggan kedai gunting rambut boleh membantu kerajaan dengan memaklumkan semua maklumat jika tukang gunting rambut itu warga asing kerana dia perlu bebas daripada COVID-19.

“Kita akan check (periksa) semua. Dan sekali lagi saya nak mengingatkan SOP apabila buka kedai gunting rambut.

“Pekerja warga asing boleh beroperasi hanya selepas mereka ini membuat saringan kesihatan swap test.

“Jika ada kedai gunting yang membenarkan pekerja warga asing memulakan kerja tanpa buat swap test, kita boleh ambil tindakan dan tutup kedai gunting berkenaan,” tegas beliau.

Kata Ismail Sabri lagi, segala jawapan yang diberikannya itu adalah tertakluk kepada kesahihan sama ada benar kedai gunting yang beroperasi di Setapak itu, tukang guntingnya positif COVID-19.

 

“Itu jika… Kita tunggu laporan KKM. Ketua Pengarah Kesihatan akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 5 petang ini. Beliau akan mengumumkan sesuatu petang ini,” kata Ismail Sabri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button