fbpx
Nasional

Kes COVID-19 di kedai gunting rambut selepas dua hari dibuka

BAHARU dua hari kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi, tetapi terdapat laporan yang mendakwa berlaku penularan Covid-19 di sebuah premis tersebut di ibu negara.

Badan pengurusan KL Traders Square dalam satu kenyataan semalam memberitahu terdapt penularan satu di kawasan tersebut melibatkan sebuah kedai gunting rambut.

Kenyataan itu berkata, kes tersebut melibatkan seorang lelaki warganegara asing yang juga bekerja sebagai tukang gunting di sebuah premis di kawasan terbabit.

“Dia didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian di sebuah klinik swasta dan terus dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Kita menasihatkan semua orang di kawasan KL Traders Square supaya mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan,” katanya kenyataan itu.


Jelasnya, kedai terbabit juga telah menjalankan proses sanitasi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki itu belum lagi disahkan positif Covid-19.

Tambahnya, dia akan mengulas berkenaan isu tersebut dalam sidang akhbar petang ini seperti yang dilaporkan Sin Chew daily. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button