Luar Negara

Turki sambung semula perkhidmatan penerbangan antarabangsa

SEJAK Khamis minggu lalu, Turki telah menyambung semula sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsanya yang ditangguhkan hampir dua bulan disebabkan penularan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Pesawat syarikat penerbangan Turkish Airlines (THY) berlepas dari Lapangan Terbang Istanbul menuju ke Dusseldorf, Jerman, akan diikuti beberapa lagi penerbangan ke bandar raya seperti London dan Amsterdam.

AnadoluJet pula memulakan semula perkhidmatan apabila pesawatnya berlepas dari Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di Istanbul menuju ke Berlin dan London.

Beberapa hari akan datang, Turki dijangka meningkatkan jumlah penerbangan antarabangsa ke 40 negara. – BERNAMA – SM

 

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button