fbpx
Nasional

Kes bicara Ahmad Zahid: Tajuk lain, isi lain

SEBUAH portal berita didakwa mengeluarkan laporan berita kes perbicaraan membabitkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara negatif.

Laporan portal berita berkenaan amat tidak menyenangkan dan dilihat cuba memburukkan nama Ahmad Zahid dengan memberi gambaran seolah-olah sejumlah wang RM1.4 juta yang diterima oleh seorang saksi pendakwaan tanpa apa-apa resit atau secara hitam putih.

Membaca tajuk artikel portal berkenaan mampu mengaburi pemikiran pembaca walaupun secara verbal di dalam mahkamah, saksi itu ada menyebut ayat tersebut..

Rujukan boleh dibuat berdasarkan beberapa perkara. Yang pertama, ini adalah satu pembohongan. Ada quotation yang diberikan oleh saksi berkenaan yang merupakan kontrak yang mengikat atau binding.

Perkara kedua berkenaan dengan tiada resit yang diberi atau dikeluarkan. Dalam hal ini saksi tersebut yang tidak mengeluarkan atau memberi resit penerimaan wang pembayaran.


Ketiadaan resit bukan salah Ahmad Zahid dan adalah tidak wajar jika Pengerusi Yayasan Akal Budi itu dipersalahkan.

Jika mengikut lojik akal Yayasan Al-Falah, pemilik banglo yang diubah suai oleh saksi, mungkin pernah meminta saksi untuk mengeluarkan resit setiap kali saksi datang untuk solat Subuh dan Zohor. Sama ada resit itu mahu diberi atau tidak oleh saksi, hanya saksi sahaja yang mengetahui sebabnya.

Ketiga, untuk kerja-kerja mengubah suai sebuah rumah, lazimnya tuan rumah tidak menandatangani kontrak pembinaan dengan kontraktor. Cukup sekadar diberikan sebut harga oleh pihak kontraktor manakala bayaran pula, jika ada progres dalam kerja-kerja ubah suai, barulah dibayar mengikut sebut harga atau quotation.

Dalam pemahaman yang mudah, isunya di sini adalah mengenai Yayasan Akalbudi membayar dua bangunan untuk Yayasan Al-Falah bagi kegunaan sebagai pusat pengajian agama untuk warga emas.

Kedua isunya ialah bangunan itu secara perundangan dimiliki oleh Yayasan Al-Falah

Ketiganya, kerja-kerja ubah suai dibiayai daripada sumbangan tunai para dermawan kepada kontraktor.

Isu keempatnya, bangunan itu mempunyai ruang pengajian dan dewan solat, ada pejabat dan bilik penginapan sementara serta ruang jamuan di sebelah belakang bangunan. Oleh itu, mustahil bangunan atau rumah itu dijadikan tempat kediaman.

Bangunan Yayasan Al-Falah ialah sebuah yayasan bagi anak-anak Haji Hamidi mengotakan amanat ayahanda mereka supaya menjaga kebajikan, menyebarkan syiar Islam, bersedekah bagi umat dan agama. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button