Nasional

Kes baharu : 3,780 kes; Kes memerlukan rawatan ICU : 520 kes; Kes kematian : 36 kes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

 Kes sembuh : 3,990 kes (426,319 kes kumulatif, 90.7%);

 Kes baharu : 3,780 kes (470,110 kes kumulatif);

 Kes import : 2 kes (2 warganegara);

 Kes tempatan : 3,778 kes [3,441 warganegara (91.1%); 337 bukan warganegara (8.9%)];

 Kes aktif : 41,889 kes;

 Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 520 kes;

 Kes memerlukan bantuan pernafasan : 272 kes;

 Kes kematian : 36 kes (1,902 kes kumulatif, 0.40%; 35 warganegara, 1 bukan warganegara);

 Jumlah kluster : 1,887 kluster;

 Jumlah kluster baharu : 11 kluster;

 Jumlah kluster yang telah tamat :1,417 kluster; dan

 Jumlah kluster aktif : 470 kluster.

Terdapat 36 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kes di Selangor, enam (6) kes di Pulau Pinang, masing-masing lima (5) kes di Sarawak dan Kedah, empat (4) kes di WP Kuala Lumpur, tiga (3) kes di Perak, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan dan Terengganu serta satu (1) kes di Pahang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SALAH FAHAM MENGENAI PENGGUNAAN PRODUK IVERMECTIN SEBAGAI RAWATAN DAN PENCEGAHAN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM mengambil maklum terdapat pandangan berkenaan penggunaan produk Ivermectin sebagai rawatan dan pencegahan COVID-19. KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil Ivermectin untuk tujuan tersebut berikutan tiada data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaannya dalam rawatan dan pencegahan COVID-19. Bahagian Regulatori Farmasi Negara

(NPRA) memaklumkan bahawa setakat ini tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kegunaan manusia.

Untuk makluman, Food Drug Administration (FDA) belum pernah meluluskan indikasi Ivermectin bagi tujuan rawatan ataupun sebagai pencegahan COVID-19. Perkara ini telah dijelaskan oleh FDA dalam artikel yang bertajuk ‘Why You Should Not Use Ivermectin to Treat or Prevent COVID-19’ bertarikh 3 Mei 2021. Selain itu, European Medicines Agency (EMA) juga mengambil pendekatan yang sama iaitu belum mencadangkan penggunaan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 susulan tiada data klinikal yang mencukupi bagi membuktikan keberkesanan produk tersebut dalam merawat atau mencegah COVID-19 sebagaimana kandungan artikel yang bertajuk ‘EMA Advises Against Use of Ivermectin for the Prevention or Treatment of COVID-19 Outside Randomised Clinical Trials’ pada 22 Mac 2021.

Setakat ini, World Heatlh Organization (WHO) hanya membenarkan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 dalam kajian/percubaan klinikal sahaja berdasarkan penjelasan dalam artikel yang bertajuk ‘WHO Advises That Ivermectin Only Be Used to Treat COVID-19 Within Clinical Trials’ pada 31 Mac 2021. Oleh itu, memandangkan penularan wabak COVID-19

semakin meningkat di Malaysia, KKM tiada halangan untuk penggunaan produk tidak berdaftar Ivermectin bagi tujuan percubaan klinikal sahaja di Malaysia.

KKM sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam mengharungi pandemik COVID-19 dengan memberikan perhatian penuh kepada rawatan dan pencegahan COVID-19 yang diluluskan untuk kegunaan rakyat di negara ini. Pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP) adalah langkah yang paling efektif pada masa ini untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara,

dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 Mei 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI) NEGERI

BILANGAN KES BAHARU *( )

BILANGAN KES KUMULATIF

SELANGOR

1,275

153,663

SABAH

87

59,349

JOHOR

224

50,419

WP KUALA LUMPUR

342 (1)

49,808

SARAWAK

405 (1)

38,383

PULAU PINANG

187

23,778

NEGERI SEMBILAN

70

20,632

KELANTAN

357

19,224

PERAK

115

16,781

KEDAH

363

12,845

MELAKA

122

8,671

PAHANG

159

6,523

TERENGGANU

58

5,584

WP LABUAN

7

2,517

WP PUTRAJAYA

7

1,542

PERLIS

2

391

JUMLAH KESELURUHAN

3,780 (2)

470,110

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button