Politik

Kerjasama dengan UMNO: PH lantik jurucakap

PAKATAN Harapan akan melantik seorang jurucakap bagi membincangkan kerjasama dengan UMNO sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa ini PH telah memulakan proses rundingan kerusi bagi pilihan raya itu termasuk mengambil kira kerusi bagi parti-parti sekutu lain.

Ini termasuk kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

“Pada tahap ini kita akan lantik seorang jurucakap (untuk kerjasama dengan UMNO).

“Kami juga tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan UMNO dalam PRU akan datang susulan keputusan UMNO minggu lalu untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU akan datang,” katanya dalam sidang akhbar malam tadi sempena pelancaran inisiatif baru PKR bagi membantu wanita yang berdepan masalah, sempena Hari Wanita Antarabangsa.

UMNO baru-baru membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 melalui sepucuk surut yang dikirim oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahir Hamidi kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Anwar, dalam soal kerjasama pihaknya jelas menerima sesiapa sahaja yang boleh menerima PH dalam mendukung tadbir urus yang baik, menolak rasuah, menolak segala bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa serta menjaga hak orang Melayu, bumiputera dan semua kaum.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button