NasionalUncategorized

Putera Mahkota Arab Saudi sambut PM di Riyadh

KETIBAAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin di ibu negara Arab Saudi, Riyadh telah disambut oleh Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.

Baginda secara peribadi menyambut Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid setiba mereka dari Madinah pada pukul 8.25 malam (1.25 pagi Selasa, waktu Malaysia).

Turut sama Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Bernama melaporkan, kesudian Putera Mahkota Arab Saudi itu menyambut kehadiran Muhyiddin adalah diluar jadual.

Muhyiddin memulakan lawatan ke Arab Saudi Sabtu lalu dan tiba di Mekah untuk menunaikan umrah dan diberi peluang untuk memasuki Kaabah.

Lawatan selama empat hari itu adalah atas undangan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud dengan kemuncak pertemuan engan baginda secara maya di Istana Al Yamamah esok.

Raja Salman, 85 tahun tidak pernah berkenan untuk bertemu dengan pemimpin asing yang melawat negara itu secara bersemuka atau secara maya seja tercetus pandemik Covid-19.-SM

(Visited 534 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button