Nasionalpilihan

Kereta terbabas rempuh kedai selepas pemandu pengsan akibat tak makan

AKIBAT tidak makan, seorang pemandu pitam sebelum masuk ke jalan bertentangan hingga melanggar sebuah kereta dan merempuh sebuah kedai di Taman Jenaris, Kajang, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang dan ketika itu, pemandu Toyota Hilux yang berusia 39 tahun sedang dalam perjalanan dari Prima Saujana menuju ke Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki tersebut pitam ketika memandu hingga menyebabkan berlaku nahasa.

“Dia juga terus panik selepas tersedar ketika nahas itu berlaku selepas melanggar sebuah Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 37 tahun.

“Kedua-dua pemandu tidak cedera, namun kenderaan mereka ada kerosakan susulan kemalangan berkenaan,” katanya.

Menurut Mohd Zaid, hasil ujian alkohol mendapati pemandu Hilux tidak mabuk ketika memandu, manakala ujian saringan air kencing turut mendapati lelaki itu negatif dadah.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). -SM

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button