Bola SepakSukan

Kerana COVID-19 Cristiano Ronaldo bakal tinggalkan Juventus

PENYERANG pasukan bola sepak Juventus, Cristiano Ronaldo berkemungkinan akan meninggalkan kelab tersebut selepas musim liga tahun ini selesai.

Hal itu berikutan faktor pandemik COVID-19 yang menyaksikan kelab menghadapi masalah untuk terus menggunakan khidmat Ronaldo.

Daily Star melaporkan, kontrak Ronaldo masih berbaki dua tahun lagi.

Namun, disebabkan masalah kewangan yang dihadapi Juventus kerana kekurangan pendapatan jualan tiket telah memaksa kelab melepaskan Ronaldo.

Belum ada kepastian daripada mana-mana kelab yang ingin menggunakan khidmat Ronaldo.

Cuma Daily Star telah menyenaraikan tiga kelab yang berpotensi dan mahukan penyerang itu iaitu Real Madrid, Manchester United dan Sporting Lisbon. – SM

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button