NasionalParlimen

Kerajaan tegas laksanakan reformasi institusi, tatakelola hapus rasuah dan penyelewengan

KERAJAAN Perpaduan dengan tegas akan melaksanakan reformasi institusi dan tatakelola baik bagi menghapus segala ruang yang boleh mewujudkan amalan rasuah dan penyelewengan yang sistemik, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, semua agensi Kerajaan termasuk LHDN, SPRM dan PDRM sedang giat menyiasat salah laku rasuah dan termasuk nama-nama yang terkait dalam Pandora Paper.

“Agensi berkenaan juga akan terus menyiasat kekayaan luar biasa bagi memerangi jenayah rasuah daripada terus membarah.

“Rakyat sudah tidak sabar mahukan perubahan, saya juga tidak sabar untuk lakukan anjakan pembaharuan supaya urusan Kerajaan akan lebih pantas, mudah dan telus,” katanya.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, Pertama: Ketelusan Dalam Perolehan Kerajaan. Pelaksanaan perolehan Kerajaan misalnya mesti telus dan terbuka berlandaskan tatakelola yang baik.

Tidak boleh sewenang-wenangnya berlaku pembaziran wang rakyat dan pelanggaran hukum menggunakan kaedah rundingan terus.

Faktanya, projek tebatan banjir RM15 bilion, Jana Wibawa RM7 bilion dan projek lain yang dibuat secara rundingan terus sebelum ini telah dibatalkan, katanya.

Beliau berkata, setelah sebilangannya ditender semula secara telus, negara dijangka boleh jimat sekurang-kurangnya RM3 bilion.

“Penjimatan besar seperti ini akan diagih semula untuk dimanfaatkan melalui projek rakyat yang lain,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Anwar juga berkata, Kerajaan pada 2019 telah mencadangkan pembentangan Akta Perolehan Kerajaan di Dewan ini namun telah ditangguhkan sewaktu pentadbiran Kerajaan lalu.

“Kerajaan Perpaduan bercadang untuk membentangkan Akta ini segera. Selama ini ada orang berasa curiga, takut dan menerima tekanan, apabila ingin memberikan maklumat.

“Kerajaan bercadang untuk meminda dan membentangkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat pada tahun ini bagi melindungi pemberi maklumat supaya agenda membanteras rasuah dan salah laku benar-benar menuaikan hasil,” katanya. – SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button