Nasionalpilihan

Kerajaan tak lupa Bumiputera, RM11.4 bilion peruntukan disediakan

SEBANYAK RM11.4 bilion ringgit disediakan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah payung pembangunan Bumiputera.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata,  daripada jumlah tersebut, 6.6 bilion ringgit disediakan bagi kemudahan pendidikan buat anak-anak Bumiputera antaranya di bawah MARA, UiTM dan Yayasan Peneraju.

“Peruntukan ini disediakan untuk pinjaman pendidikan, menaik taraf program sijil ke diploma, selain usaha melahirkan profesional dalam kalangan Bumiputera di bidang perubatan, kejuruteraan dan kewangan.

“Manakala, sebanyak 4.8 bilion ringgit pula adalah untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan di bawah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, TEKUN Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, sebagai usaha meningkatkan penglibatan syarikat anchor dalam membangunkan vendor Bumiputera tempatan, potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan operasi yang layak dinaikkan daripada sehingga 300 ribu kepada sehingga 500 ribu ringgit dan dilanjutkan bagi tempoh 5 tahun sehingga 31 Disember 2025.

Jelasnya, bagi menggalakkan penyertaan belia Bumiputera dalam melaksanakan projek-projek berskala kecil perolehan Kerajaan, sebanyak 200 juta ringgit akan disediakan.

“Sebagai tambahan, Kerajaan melalui CIDB akan mewujudkan accelerator programme khusus kepada kontraktor belia G1 hingga G4 melalui kursus peningkatan kapasiti dan on-the-job training dengan peruntukan 10 juta ringgit,” katanya. -SM

 

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button