Nasionalpilihan

RM500 buat kakitangan masjid, guru Takmir dan Kafa

KERAJAAN akan enyalurkan pemberian khas sekali bayar sebanyak 500 ringgit untuk manfaat 70 ribu orang Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, secara keseluruhan, Kerajaan memperuntukkan 1.5 bilion ringgit bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Di bawah payung pendidikan Islam, Kerajaan akan melaksana inisiatif membina sebuah Sekolah Menengah Agama di Wilayah Persekutuan Labuan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM65 juta.

“Meluaskan skop pengajaran Takmir di bawah JAKIM kepada agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan menambah 1,000 orang Guru Takmir,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul,  kerajaan akan terus memperkasa wakaf sebagai instrumen agihan semula kekayaan bagi pembangunan ekonomi ummah.


Jelasnya, bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani dan pengusaha industri halal serta membantu mereka sekiranya ditimpa bencana, Kerajaan akan menyalurkan dana permulaan sebanyak RM10 juta bagi memulakan inisiatif Wakaf Halal PKS, Wakaf Pertanian dan Wakaf Bencana.

Tambahnya, syarikat-syarikat Korporat dan individu dialu-alukan untuk mewakafkan harta mereka ke dalam tabung ini. -SM

(Visited 19 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button