Nasional
Trending

Kerajaan PN tukar BSH kepada BPR

KERAJAAN menukar nama Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bermula tahun hadapan.

Bantuan tersebut dimaklum akan dipertingkat mengikut kategori pendapatan yang lebih baik.

Ini merupakan kesinambungan inisiatif daripada bantuan yang diberi menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diperkenalkan pada Mac lalu.

Ia adalah susulan perancangan rangsangan ekonomi susulan tekanan daripada pandemik Koroanvirus (Covid-19).

“Maka dengan Belanjawan 2021, kerajaan akan terus melaksana dan menambah baik bantuan tunai ini secara lebih bersasar.

“Bagi tahun 2021, kerajaan akan menggantikan BSH kepada BPR dengan kadar bantuan dan kategori yang lebih baik.

“Pertama, isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai seorang anak akan menerima RM1,200, manakala dua orang anak atau lebih RM1,800.

“Kedua, isi rumah RM2,501 hingga RM4,000 dengan seorang anak akan menerima BPR sebanyak RM800 dan RM1,200 bagi mempunyai dua orang anak atau lebih.

“Ketiga, pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM5,000 pula akan menerima RM500 bagi yang mempunyai seorang anak dan RM750 kepada yang memiliki dua orang anak atau lebih.

“Keempat, individu bujang berpendapatan kurang RM2,500 akan menerima bantuan RM350 dengan had umur yang diturunkan kepada 21 tahun berbanding 40 tahun sebelum ini.”

Demikian pembentangan yang dibuat Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau membentangkan Belanjawan 2021 itu memaklumkan pemberian BPR itu akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion.

Jumlah tersebut juga merupakan lebih tinggi berbanding BSH yang diumum ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah iaitu RM5 bilion kepada 4.3 juta orang.

Program bantuan kepada rakyat ini asalnya diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Barisan Nasional menjadi kerajaan.

Najib Razak ketika itu memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan objektif memberikan bantuan kepada golongan bersasar. – SM

 

(Visited 754 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button