Nasional

Dr. Noor Hisham hargai Belanjawan 2021 untuk kesihatan awam

KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menghargai peruntukan yang disediakan kerajaan dalam Belanjawan 2021 bagi kesihatan awam termasuk tindakan menangani Covid-19.

Menurutnya, krisis pandemik Covid-19 adalah luar jangkaan dan luar biasa. Justeru ia memerlukan penyelesaian yang luar biasa.

“KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi.

“Teguh kita menang bersama susulan #kitajagakita memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam negara kita,” kata Dr. Noor Hisham.

Kerajaan memperuntukkan 1.8 bilion ringgit di bawah Belanjawan 2021 bagi pelaksanaan kawalan pergerakan serta keperluan perkhidmatan kesihatan awam berkaitan Covid-19. Antaranya untuk membeli kelengkapan perlindungan diri atau PPE, reagen dan bahan guna habis.

Selain itu semua petugas barisan hadapan KKM akan diberikan bayaran one-off sebanyak RM500.-SM

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button