Ekonomi

Kerajaan pertimbangkan insentif cukai untuk pelaburan industri halal di JS-SEZ

KERAJAAN akan membincangkan insentif cukai untuk perniagaan yang melabur dalam industri halal dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Kabinet ESOK (Rabu, 5 Jun).

“Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) meminta pelepasan cukai. Saya akan bisikkan perkara ini kepada Perdana Menteri, agar perkara itu diberi pertimbangan semula yang sewajarnya.

“Saya akan cuba ikuti… dia mungkin mempertimbangkan untuk memasukkan (pelepasan cukai) sebagai salah satu insentif yang diberikan kepada pemain industri halal dalam ucapan Belanjawan 2025 pada Oktober,” kata Ahmad Zahid pada sidang media selepas melancarkan Halal on Track program di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hair ini (Selasa, 4 Jun).

Pada majlis itu, beliau turut menekankan potensi pasaran halal, menggesa usahawan tempatan merebut peluang memperkenalkan lebih banyak produk disahkan halal bukan sahaja dalam kategori makanan dan minuman.

Dalam ucapan alu-aluannya sebelum itu, Onn Hafiz meminta insentif cukai khas untuk syarikat yang melabur dalam JS-SEZ serta penambahbaikan infrastruktur seperti jalan raya.

Perdana Menteri kedua-dua negara telah bersetuju untuk memuktamadkan perjanjian JS-SEZ sepenuhnya semasa Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia pada September. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button