Uncategorized

Kerajaan Netanyahu runtuh, Israel bentuk kerajaan baru

Pentadbiran Benjamin Netanyahu selama 12 tahun sebagai Perdana Menteri Israel berakhir, selepas parlimen negara itu pada hari Ahad meluluskan kerajaan gabungan baru yang diketuai oleh nasionalis sayap kanan Naftali Bennett.

Bennett, ketua sebuah parti ultranasionalis yang menguasai enam kerusi daripada 120 kerusi Knesset, dilantik sebagai perdana menteri setelah parlimen menyokong kerajaan gabungan baru dengan majoriti tipis 60 menyokong dan 59 menentang.

Bennett akan memimpin parti sekutu termasuk parti yang mewakili warganegara Palestin Israel yang menyumbang 21 peratus daripada populasi negara itu. Kedua-dua pihak memiliki persamaan dan keinginan untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Netanyahu.

Di bawah perjanjian penggiliran, Bennett akan berkhidmat sebagai perdana menteri selama dua tahun, setelah itu dia akan digantikan oleh pemimpin pusat Yair Lapid, yang dikenali sebagai arkitek terhadap pembentukan kerajaan baru.

Mereka merancang untuk menghindari isu-isu seperti tekanan terhadap rakyat Palestin di wilayah yang dijajah dan memusatkan perhatian untuk melakukan reformasi dalam Israel.

Tetapi dengan sedikit atau tidak ada prospek untuk melanjutkan perundingan perdamaian yang adil, masyarakat Palestin mengambil sikap berhati-hati terhadap perubahan pentadbiran, dengan mengatakan Bennett kemungkinan akan meneruskan agenda sayap kanan yang sama seperti Netanyahu.-SM

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button