NasionalPolitik

Kerajaan didakwa tekan pemimpin GPS

Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan(PH)didakwa telah ‘mengganggu’ pemimpin -pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan menghantar notis taksiran cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Pelancongan,Kesenian dan Kebudayaan,Datuk Abdul Karim Hamzah pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak di Kuching pada Khamis

Beliau berkata, ramai pemimpin GPS telah menerima notis berkenaan sejak Kerajaan PH mengambil alih sebagai Kerajaan Persekutuan.

“Ramai dalam pemimpin GPS menerima notis daripada LHDN termasuk saya sendiri.

“Bagaimanapun, saya menyelesaikannya sendiri…tiada masalah kerana saya bukan jenis yang tidak membayar cukai mungkin ada tertinggal di sana sini dan ia merupakan risiko pekerjaan terutamanya sebagai wakil rakyat.

“Oleh demikian, kami perlu bersedia menghadapi hal seperti ini, ” jelasnya ketika menyokong tindakan Speaker Dun,Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PH-Kota Sentosa untuk berhenti berbahas pada Persidangan Dun kali ini pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, semalam.

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button