NasionalNegeri

Kerajaan pertimbang beli 18 pesawat FA-50 dari Korea Selatan

KERAJAAN akan mempertimbangkan pembelian 18 pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan kerana kapal tersebut telah dibuktikan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pada masa sama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mahu lagi menjadikan anggota mereka sebagai makmal percubaan.

“Kita nak guna aset ternyata mempunyai kemampuan dan ‘service’ rekod yang baik. Kelebihan dia (pesawat tempur ringan) sudah diguna pakai negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

“Rekod perkhidmatan amat baik dan menggunakan enjin dari Amerika Syarikat (AS),” katanya ketika menjawab pertanyaan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) di Dewan Rakyat, hari ini.

Pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan.

Pada 24 Februari lalu, Bernama melaporkan, Korea Aerospace Industries Co (KAI) merupakan pengeluar tunggal pesawat Korea memenangi perjanjian pesawat bernilai USD920 juta (RM4.08 bilion) dari Malaysia dan proses penghantaran pesawat berkenaan dijangka bermula pada tahun 2026.

Memetik kenyataan Agensi berita Yonhap, KAI memeterai perjanjian dengan Kementerian Pertahanan untuk mengeksport 18 pesawat tempur ringan FA-50.

Ia sekali gus mengetepikan pesawat jenis Tejas India, JF-17 Pakistan, MIG-35 Rusia dan Hurizet Turki.

JF-17 Pakistan – GAMBAR GOOGLE

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari kemudiannya pada 26 Februari lalu menjelaskan, pembelian pesawat itu mengambil kira pelbagai faktor termasuk keperluan negara melibatkan aspek strategi, dasar dan Kertas Putih Pertahanan (KPP).

Dalam pada itu, Mohamad berkata, pembelian pesawat itu melalui penilaian yang ketat.

Katanya lagi, pesawat dari Korea itu juga tidak mempunyai sebarang rekod yang tercemar.

BACA https://suaramerdeka.com.my/nahas-di-ipoh-kemalangan-maut-pertama-babitkan-pesawat-piper-pa-28/

“Tidak ada satu insiden atau rekod yang mencemarkan. Memang model yang baik. Pesawat juga ringan dan laju yang boleh diguna pakai mengikut keperluan semasa negara.

“Atas asas itu jawatankuasa penilaian yang berlapis-berlapis memutuskan guna pakai ini dan (atas) sebab dipercayai boleh diurus dengan baik,” katanya.

BACA https://suaramerdeka.com.my/pesawat-piper-28-161-terhempas-ipoh-ragut-nyawa-jurulatih-berusia-52-tahun/– SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button