Nasional

Nahas di Ipoh, kemalangan maut pertama babitkan pesawat Piper PA-28

PESAWAT ringan Piper PA-28-161 Warrior II yang terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng, Ipoh pada Isnin lalu merupakan kemalangan maut pertama di negara ini yang melibatkan pesawat ringan jenis itu.

Menurut laman web penerbangan Aviation Safety Network, kemalangan itu merupakan kejadian keempat pesawat model tersebut di Malaysia.

Pada 2014, dua kejadian dilaporkan di Kelantan dan satu di Johor, bagaimanapun tiada kematian dilaporkan.

Dalam insiden kira-kira pukul 8 malam, Isnin lepas, jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor maut manakala seorang lagi, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur, cedera.

Ia merupakan kejadian ke-4,153 yang direkodkan sejak pesawat Piper PA-28 yang pertama terhempas di San Bernardino, California, Amerika Syarikat pada 9 Mac 1962.

Pesawat Piper PA-28 dihasilkan dan dibina oleh syarikat Amerika, Paper Aircraft dan direka untuk latihan penerbangan, teksi udara dan kegunaan persendirian.

Menurut laman web Aircraft Owners and Pilots Association (AOPA), model pesawat PA-28 terdiri daripada kesemuanya logam, tidak bertekanan, enjin tunggal, berkuasa piston dengan sayap dipasang rendah dan gear pendaratan tiga roda serta boleh terbang berterusan sehingga empat ke lima jam dengan kelajuan masimum 127 knot.

Mengulas mengenai kejadian pesawat yang dikendalikan oleh BATS Aviation Sdn Bhd itu, pakar penerbangan, Prof. Madya Mejar Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian memberitahu BERNAMA bahawa ciri-ciri keselamtan sebenar siri Piper PA-28 telah disemak oleh AOPA dan mereka menunjukkan bahawa secara statistik, PA-28 mengalami banyak kemalangan melibatkan Peraturan Penerbangan Alatan (IFR) yang biasanya digunakan semasa terbang pada waktu malam.

“Pengendalian pesawat berbeza antara IFR dengan Peraturan Penerbangan Visual (VFR) yang biasanya digunakan pada waktu siang apabila jarak penglihatan tidak menjadi halangan.

“Satu lagi isu adalah kebuluran bahan api. AOPA telah mengumpul pelbagai laporan yang menetapkan bahawa pemilih bahan api perlu diletakkan atau ditukar sentiasa untuk menyalurkan bahan api daripada sumber ke enjin.

“Ini terbukti satu kesukaran dan memberikan beban tugas tambahan kepada juruterbang tetapi PA-28 masih dianggap sebuah kapal terbang yang mudah dikendalikan.

“Dengan data statistik yang ada, siasatan lanjut perlu digerakkan dan disatukan dengan maklumat statistik sebelum sebarang kenyataan rumusan dibuat,” kata Ketua Penerbangan Mencari dan Menyelamat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu. – SM

(Visited 344 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button