Ekonomi

Kerajaan bayar sehingga 60% kerugian akibat tangguh perjalanan umrah

KOTA BHARU: Kerajaan akan membayar sehingga 60% daripada kerugian yang ditanggung oleh jemaah yang terjejas akibat penangguhan sementara perjalanan umrah selama sebulan yang dikenakan sejak 8 Jan, kata timbalan menteri hal ehwal agama Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata Lembaga Tabung Haji (TH) dan kementerian pelancongan, kesenian dan kebudayaan telah menyemak senarai jemaah yang terjejas akibat penangguhan itu.

“Mereka mengalami kerugian kerana telah membayar penginapan dan membuat tempahan lain. Kerajaan akan menanggung sebahagian daripada kerugian ini.

“Bagaimanapun, ini masih dalam peringkat akhir pemprosesan dan dijangka siap pertengahan bulan ini,” katanya pada majlis bersama nelayan di DUN Kijang di sini hari ini.

Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata bayaran itu akan disalurkan oleh TH terus kepada jemaah haji yang terjejas.

Beliau berkata, jemaah haji dikehendaki ke pejabat cawangan TH berhampiran dengan membawa dokumen berkaitan termasuk butiran pakej umrah mereka.

“Sekiranya mereka mempunyai akaun TH, ia lebih mudah kerana bayaran akan dikreditkan terus ke akaun TH mereka. TH akan mengagihkan peruntukan yang disediakan kerajaan melalui kementerian kewangan,” katanya lagi.

Kerajaan membenarkan jemaah umrah disambung semula mulai Selasa (8 Feb).

Marzuk menasihatkan jemaah yang berangkat menunaikan ibadah umrah supaya mematuhi SOP kesihatan yang ditetapkan termasuk pemakaian topeng muka.

 

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button