Nasional

Jika kes melonjak, Kerajaan dijangka perketat SOP

KERAJAAN dijangka akan memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP) sekiranya kes melibatkan penularan pandemik Covid-19 semakin meningkat dari masa ke semasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu semalam adalah 9,117 kes yang merupakan rekod tertinggi dalam tempoh tiga bulan sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,904,131 kes.

Dr. Noor Hisham Abdullah

Hari ini, kes harian Covid-19 mencatat 10, 089. Peningkatan jumlah angka kes tersebut mencetuskan kebimbangan rakyat di negara ini.

Tambahan pula, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan Twitter berkata, kes baharu Covid-19 berkemungkinan akan meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu lagi dan boleh mencecah 15,000 kes.

Ujarnya, jangkaan itu berdasarkan kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron pada ketika ini.

Sementara itu, sektor yang diberi penekanan berhubung kes lonjakan baharu Covid-19 itu sudah pasti melibatkan sektor pendidikan yang mana antara punca yang menyumbang kepada peningkatan Covid-19.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pelajar daripada bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan untuk kembali ke asrama.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, mereka sebaliknya perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Menurut Mohd Radzi, keputusan tersebut dibuat bertujuan mengawal jangkitan Covid-19 serta melindungi calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain daripada sektor pendidikan, kerajaan berkemungkinan akan memperkenalkan SOP khusus bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Meskipun pada ketika ini setiap parti dalam peringkat menyediakan senarai calon yang bakal bersaing dalam PRN Johor namun tidak mustahil bagi kerajaan untuk memperketatkan pematuhan SOP sedia ada supaya dapat mengawal penularan pandemik Covid-19 di negeri berkenaan. – SM

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button