Nasional

Kerajaan akan terus menentang tuntutan kumpulan Sulu

KERAJAAN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang berdasarkan undang-undang jenayah negara yang sedia ada terhadap mana-mana pihak termasuk rakyat Malaysia yang memberi sebarang bentuk sokongan atau bekerjasama dengan pihak yang menuntut Sulu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana menteri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap penuntut Sulu, penimbang tara dan pihak berkaitan lain di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan kerana kesalahan sabotaj.

“Kerajaan Malaysia juga akan terus menentang sebarang bentuk pembiayaan oleh pembiaya litigasi pihak ketiga yang menyokong penyalahgunaan proses yang dimulakan oleh mereka yang membuat tuntutan,” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini ketika memberi penjelasan berhubung tuntutan yang dibuat terhadap Malaysia oleh lapan warga Filipina yang mendakwa berketurunan Sultan Sulu.

Perdana menteri berkata semua anugerah yang dikeluarkan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa telah melanggar dasar awam antarabangsa kerana ia bertentangan dengan prinsip kekebalan diplomatik, kekebalan bidang kuasa dan kedaulatan. – SM

Baca juga : Penduduk Kuantan diingatkan supaya berhati-hati dengan obor-obor

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button