Hiburan

“Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”-Ayez Shaukat Fonseka

AYEZ Shaukat Fonseka merupakan seorang pelakon dan pengarah dalam industrI hiburan tanah air. Beliau pernah memegang watak dalam filem-filem seperti Juvana 2, Juvana 3, Apokalips X, The Spiral, Shadowplay dan Gila Gusti. Akan datang, Ayez Shaukat akan muncul dalam The Dark Eye.

Dalam satu hantaran status akaun Facebook beliau  baru-baru ini, Ayez Shaukat menzahirkan rasa kesal apabila bakat seninya lebih di pandang oleh negara luar.

Sedangkan di negara sendiri, dakwa Ayez Shaukat, beliau dipandang sendu dan sukar untuk menembusi pasaran sebagai seorang pelakon.

Kata Ayez Shaukat , beliau pernah ditolak oleh sebuah stesen TV dan penerbit kerana dikatakan tidak popular dan bukan seorang “selebriti”.

Namun begitu, Ayez Shaukat tetap tidak berputus asa untuk meneruskan berkarya dan menempa nama di atas kanvas seni tanah air.

Diimbas sedikit tentang Ayez Shaukat, beliau adalah seorang ahli gusti kelahiran Malaysia.

Terkini, Ayez Shaukat telah menembusi pasaran Amerika (USA) apabila muncul di kaca televisyen menerusi rancangan gusti professional, “The Reality of Wrestling”.

Menggunakan persona gustinya, “Shaukat” juga dikenali sebagai “The Nusantara Menace”.

Beliau berjaya menewaskan ahli gusti veteran berasal dari Texas, Jonathan Vega yang turut beraksi dalam rancangan tersebut.

Untuk rekod, “Reality of Wrestling” adalah sebuah rancangan gusti professional yang dimiliki dan dikelolakan oleh ahli gusti professional lagenda, Booker T.

Booker T juga merupakan ahli “Hall of Fame” dan dua kali muncul atas pentas gusti terbesar dunia, WWE (World Wrestling Entertainment).

Selepas menonton aksi perlawanan Ayez Shaukat di Malaysia pada tahun 2020, Booker T percaya bahawa Shaukat mempunyai bakat dan pakej yang lengkap untuk tembusi pasaran antarabangsa.

Booker T dalam satu kenyataannya berkata, Shaukat adalah seorang “karyawan yang istimewa” dalam bidang gusti.

Untuk rekod, “The CW Television network” (atau lebih dikenali dengan nama The CW ) merupakan sebuah saluran televisyen Amerika, milik syarikat media besar antarabangsa iaitu CBS Entertainment Group, Paramount Global dan Warner Bros.

Ketika di Amerika , Ayez Shaukat telah diundang oleh ahli gusti lagenda Glenn “Kane” Jacobs yang juga merupakan Datuk Bandar Knoxville dan Dr. Tom Prichard iaitu jurulatih pada ahli gusti dan pelakon popular Dwayne Johnson atau “The Rock” untuk berkongsi ilmu dan mengajar pelajar-pelajar di akademi mereka tentang seni gusti. – SM

(Visited 1,118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button