Nasional

Keputusan saman pelucutan hak wang 1MDB-Jakel Trading, 9 Jun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan mengenai permohonan kerajaan melucut hak wang berjumlah RM628,314 yang didakwa berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disita daripada Jakel Trading Sdn. Bhd.

Keputusan itu sepatutnya diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh pada 4 Jun lalu tetapi dijadualkan semula pada 9 Jun, 9 pagi.

Peguam Jakel Trading Thevini Nayagam memberitahu wartawan BERNAMA demikian ketika dihubungi hari ini.

Pada Jun tahun lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan saman pelucutan hak terhadap 41 entiti yang terdiri daripada individu, syarikat dan parti politik, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 1MDB.

SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan secara tidak sah daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA – SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button