Politik

Keputusan MKT calonkan Ismail Sabri kukuhkan perpaduan parti

UMNO Bahagian Lipis menyifatkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO (MKT) yang mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke 15 nanti sebagai bukti persepakatan dan permuafakatan di dalam UMNO.

Ketuanya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, UMNO harus mempertahankan perjuangan dan mengukuhkan kesepaduan parti bagi memghadapi cabaran yang mendatang.

“Hari ini kita dapat saksikan satu kesepakatan dan nilai muafakat yang telah dibuktikan oleh pucuk pimpinan UMNO yang mana semua ahli sebulat suara menyokong dan mencadangkan agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Baca artikel ini > Keputusan UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai calon PM kembalikan keyakinan rakyat – Annuar Musa

“Seperti ahli-ahli yang lain, pucuk pimpinan juga mendambakan parti yang mempunyai satu nilai kesepakatan yang tinggi, dan bersatu hati dalam membuat apa jua keputusan terutama dalam menghadapi peperangan besar yang akan datang,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang pemimpin yang berjiwa besar untuk memastikan parti terus kukuh dan utuh.

UMNO pada mesyuarat MKT parti itu pada hari Khamis, sebulat suara memutuskan untuk Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri pada PRU-15.

Majlis itu juga memutuskan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang berakhir 31 Julai depan tidak akan diteruskan lagi. – SM

Baca artikel ini > Sanggupkah UMNO beri laluan kepada Ismail Sabri sebagai Presiden?

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button