
Fesyen bertemu muzik, Amar Amran lancar lagu raya istimewa
BAGI anda yang sering berkunjung ke Butik Amar Amran untuk mendapatkan busana Melayu, baju kurung atau pakaian kanak-kanak, pastinya butik ini bukan lagi sesuatu yang asing. Terutamanya menjelang Aidilfitri, Amar Amran menjadi pilihan ramai kerana menawarkan pelbagai saiz, rekaan, dan warna yang membolehkan seisi keluarga tampil sedondon dan bergaya.
Menyedari kepentingan nilai kekeluargaan dan keserasian dalam berpakaian, pemilik jenama Amar Amran mengambil inisiatif memperkenalkan lagu istimewa bertajuk “Raya Sehati Sedondon” sebagai satu cara untuk menyebarluaskan lagi konsep pemakaian raya sedondon.
Dengan 11 cawangan butik di Malaysia dan Thailand, termasuk di Shah Alam, Bangi, Isetan Suria KLCC, SOGO KL, Kota Bharu, Terengganu, Kuantan, Pattani, Narathiwat dan Yala, Amar Amran bukan sekadar jenama fesyen, tetapi juga sebuah jenama yang meraikan tradisi dan nilai kekeluargaan.
Gabungan Fesyen dan Seni Muzik
Menurut pemilik butik terkenal ini, Amar Amran, lagu ini dihasilkan bukan sekadar untuk menghiburkan tetapi juga untuk menyampaikan mesej tentang kepentingan kekeluargaan dan kebersamaan.
“Saya bukan hanya menjual pakaian, tetapi juga ingin menyebarkan semangat persaudaraan melalui konsep berpakaian sedondon yang telah menjadi identiti butik ini. Bagi saya, fesyen dan muzik boleh berjalan seiring dalam menyampaikan nilai positif kepada masyarakat,” jelasnya.
Lebih menarik, single ini turut menampilkan Raja Pop Malaysia, Dato’ Jamal Abdillah, sebagai rakan duet. Ini merupakan kali pertama Amar Amran memasuki studio rakaman, dan kehadiran figura lagenda ini memberikan sentuhan istimewa kepada lagu tersebut.
Kolaborasi Bersama Nama-Nama Besar
Lagu “Raya Sehati Sedondon” mendapat sentuhan kreatif daripada komposer prolifik, Apak Harry Khalifah, yang terkenal dengan karya-karya yang sering tular. Lirik pula ditulis oleh Ajim Maze bersama Amar Amran sendiri.
Menariknya, pada mulanya lagu ini tidak dicipta sebagai lagu raya. Namun, Dato’ Jamal mencadangkan agar ia dijadikan lagu raya kerana melodinya yang sangat sesuai dengan suasana Aidilfitri.
“Saya dan Dato’ Jamal sudah lama berkawan dan sering berkongsi minat dalam muzik. Suatu hari, saya secara berseloroh mencadangkan untuk berduet dengannya, tak sangka dia terus bersetuju dan meminta saya menghubungi Apak Harry Khalifah untuk menghasilkan lagu. Dari situlah semuanya bermula,” katanya.
Walaupun ini merupakan pengalaman pertamanya dalam bidang nyanyian, Amar Amran bersyukur kerana mendapat bimbingan daripada individu berpengalaman seperti Dato’ Jamal dan Apak Harry Khalifah. Menurutnya, walaupun pada awalnya beliau risau akan merosakkan lagu tersebut, Dato’ Jamal meyakinkannya bahawa suaranya mempunyai potensi.
Pertandingan Cover Lagu dengan Hadiah Bernilai RM10,000
Sempena pelancaran lagu “Raya Sehati Sedondon”, Amar Amran turut mengadakan pertandingan cover lagu dengan hadiah keseluruhan bernilai RM10,000.
Pertandingan ini terbuka kepada peserta lelaki dan wanita berusia 15 tahun ke atas, sama ada secara solo atau berduet. Peserta hanya perlu merakam nyanyian mereka menggunakan minus one yang boleh didapati di saluran YouTube Amar Amran Channel (https://bit.ly/AmarAmranChannel) dan memuat naik video di TikTok dengan hashtag #RayaSehatiSedondon serta tag @amaramran.my & @amar.amran.
Peserta dengan jumlah like atau FYP tertinggi akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir secara langsung. Pemenang akan dinilai oleh juri profesional, termasuk Apak Harry Khalifah dan Eddie Hamid, serta undian dalam talian.
Berikut adalah hadiah yang ditawarkan:
- Juara: RM3,000 + pakaian raya Amar Amran bernilai RM2,000
- Naib Juara: RM1,000 + pakaian Amar Amran bernilai RM1,000
- Tempat Ketiga: RM500 + pakaian bernilai RM500
- Tempat Keempat hingga Ke-10: Pakaian raya bernilai RM300 setiap seorang
Bagi mereka yang berminat, boleh mengikuti perkembangan pertandingan ini di TikTok dan Instagram @amaramran.my serta @amar.amran.
Dengan gabungan fesyen dan seni muzik, Amar Amran berjaya membuktikan bahawa inovasi dalam perniagaan tidak terhad kepada satu cabang sahaja. Semoga lagu “Raya Sehati Sedondon” menceriakan suasana raya dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita semua!