Politik

Kenakalan politik perlu selesai dengan PRU segera – Dr. Maza

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau Maza menyimpulkan pilihan raya umum (PRU) merupakan penyelesaian kenakalan politik masa kini.
“Beberapa hari ini saya ada berbicara dengan pihak-pihak yang terlibat dalam politik negara. Saya berbual YAB PM (menerusi video conference), YB Tun Mahathir Mohamad (telefon), YB Tengku Razaleigh Hamzah (telefon), beberapa menteri (melalui telefon dan ada yang datang ke rumah).
“Jika saya boleh membuat kesimpulan, saya rasa, atas ‘kenakalan’ politik yang ada, kita memerlukan PRU segera,” katanya.
Menurut beliau, mungkin akan ada yang berkata, ini musim Covid-19 dan bahaya, tetapi inilah peluang untuk mengadakan pilihan raya lebih bersih.
“Disebabkan faktor COVID, maka dalam PRU kali ini dilarang kempen secara fizikal.
“Ertinya, tiada ceramah umum, ceramah kelompok, kempen rumah ke rumah, edaran risalah dan seumpamanya. Hanya yang dibenarkan kempen melalui media sosial, katanya.
Jika hal itu berlaku, katanya, maka kos kempen akan dapat dijimatkan. Ia akan memberikan peluang yang lebih setara kepada semua pihak yang bertanding.
Rakyat juga, katanya, tidak perlu membazirkan keluar rumah atau terganggu dengan dengan kedatangan calon-calon ke tempat mereka.
“Maka, kuranglah permusuhan dan ketegangan terbuka. Harap juga dapat mengurangkan rasuah politik semasa berkempen. Pilihanraya akan jadi lebih adil untuk semua.
“Apa yang perlu, kerajaan kena tegaskan SOP. Calon yang melanggar, boleh dibatalkan pencalonan. Aktivis yang melanggar didakwa dan didenda.
“Apabila tiba hari mengundi, rakyat keluar dengan SOP. Rakyat beratur seperti kita ke bank dan lain-lain pada masa ini dengan SOP yang ditetapkan.
“Dengan itu, semoga kita mendapat PRU yang paling bersih dan kerajaan yang lebih stabil. In sha Allah,” katanya.
(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button