Nasional
Kenaikan harga beras masih belum dimuktamadkan
MAKLUMAT mengenai kenaikan harga beras masih belum dimuktamadkan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
“Khabar angin berlegar mengenai kemungkinan kenaikan di sana sini, tetapi ia bukan keputusan kerajaan.
“Kementerian saya dan Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan akan berbincang hari ini dan akan mengeluarkan kenyataan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita semasa pelancaran program “Misi Rahmah Economi Sempadan Malaysia-Brunei” di kilang Petronas Dagangan Bhd di Teluk Sepanggar di sini.
Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Sabah Georgie Abas. -SM
Baca juga : Covid 19: SOP baharu akan dibentangkan; Dr Zaliha