Sukan

Kemengan JDT tundukkan Selangor hasil kerjasama berpasukan – Hector Bidoglio

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua terutama pihak pengurusan, barisan staf dan pemain”.

Itu ungkapan kegembiraan jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio yang mengakui kejayaan menjulang Piala Malaysia selepas menundukkan Selangor FC 2-1 di pentas final adalah hasil kerjasama berpasukan.

Begitupun, beliau menegaskan kemenangan yang diraih itu bukan mudah di mana skuad Red Giants memberi tentangan sengit sepanjang aksi.

“Saya datang ke JDT dalam situasi sukar di mana JDT sebuah pasukan yang sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Pemain sentiasa berikan komitmen dan ini kemenangan berpasukan,” katanya selepas aksi final itu.

JDT mengesahkan status selaku pasukan ‘invincibles’ sepanjang musim 2022 apabila melengkapkan kejuaraan ‘quadruple’ apabila menjuarai Piala Malaysia hasil jaringan Bergson da Silva dan Fernando Forestieri pada setiap babak.

Gol saguhati Selangor pula diraih menerusi sepakan penalti Herlison Caion.

Kejayaan itu adalah keempat buat JDT yang sebelum ini amat gah dengan menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super bagi menamatkan musim ini dengan lakaran gemilang.

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button