Hiburan

Hanya bergelar pelakon dan model, Cara Delevingne raihkan RM163,000 sehari!

Pelakon jelita, Cara Delevingne, 30, menjana pendapatan sebanyak RM163,000 sehari hasil kerjayanya sebagai pelakon dan model terkenal.

Ia sekali gus menjadikan Delevingne antara model yang meraih pendapatan harian tertinggi di Britain.

Difahamkan, jumlah aset terkumpul yang dimilikinya ketika ini sudah mencecah RM248 juta.

Menerusi pendedahan yang dibuat portal Daily Mail, akaun syarikat milik Delevingne meningkat tahun lalu sekali gus menyaksikan kenaikan mendadak hasil pendapatan yang diperoleh daripada semua sumber sehingga dianggarkan pendapatan yang diterima adalah RM163,000 sehari pada tahun lalu.

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button